Clinton Diejek Di Majlis Angkat Sumpah Presiden Trump

  • News Code : 806416
  • Source : ABNA24
Brief

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat diejek ketika menghadiri majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat diejek ketika menghadiri majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45.

Di sebalik retorik pilihan raya beliau yang bersifat kontroversi, Donald Trump mengejutkan dunia dengan mengalahkan calon Parti Demokrat, Hillary Clinton di dalam pilihan raya November lepas.

Ketika pihak pengurusan majlis mengumumkan ketibaan Hillary dan suaminya yang merupakan bekas Presiden A.S, mereka disambut dengan ejekan daripada para hadirin.

Terdapat ramai penyokong Trump yang hadir ke majlis itu didapati memakai topi yang mengandungi slogan pilihan raya Presiden A.S itu.

Selepas Clinton disambut dengan ejekan daripada para hadirin, bekas Presiden George W. Bush yang merupakan ahli parti Republikan, sambil ditemani isterinya Laura Bush menerima tepukan gemuruh daripada para hadirin.

Bapa Bush yang juga bekas Presiden A.S tidak hadir ke majlis Trump yang telah mengalahkan anaknya Jeb Bush di peringkat pencalonan Parti Republikan.

Clinton sebelum ini telah meluahkan kekecewaannya berikutan kekalahannya kepada Trump dan mengakui bahawa ada masanya dia mahu "berehat sahaja... dan tidak lagi meninggalkan rumah."


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky