TPP Tidak Akan Berkuat Kuasa Tanpa A.S: Kanada

  • News Code : 806844
  • Source : ABNA24
Brief

Jurucakap Kementerian Luar Kanada, Natasha Nystrom pada hari Isnin berkata bahawa Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik tidak akan berkuat kuasa tanpa penyertaan Amerika Syarikat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Luar Kanada, Natasha Nystrom pada hari Isnin berkata bahawa Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik tidak akan berkuat kuasa tanpa penyertaan Amerika Syarikat.

Sebelum itu, pada hari Isnin, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandantangani sebuah arahan untuk memulakan proses pengunduran negara itu daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPP). TTP adalah salah satu daripada polisi utama pentadbiran Obama.

"Perjanjian itu tidak boleh dikuat kuasakan tanpa A.S," kata Nystrom.

Sepanjang kempen pilihan rayanya, Trump sering kali mengkritik keras Perjanjian Kerjasama Trans- Pasifik den memanggilnya sebagai sebuah "perjanjian buruk" yang akan menjejaskan kedudukan para pekerja A.S.

Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik yang merangkumi 40 peratus daripada ekonomi global sebelum ini ditandatangani oleh Australia, Brunei, Kanada, Jepun, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan A.S.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram