Presiden Mexico Batalkan Lawatan Ke Rumah Putih

  • News Code : 807528
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto pada hari Khamis berkata bahawa kerajaannya telah memaklumkan Rumah Putih bahawa beliau tidak akan menghadiri sebuah mesyuarat dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Keputusan itu diambil selepas Trump mengugut untuk membatalkan perjumpaan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto pada hari Khamis berkata bahawa kerajaannya telah memaklumkan Rumah Putih bahawa beliau tidak akan menghadiri sebuah mesyuarat dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Keputusan itu diambil selepas Trump mengugut untuk membatalkan perjumpaan itu.

Kedua-dua pemimpin itu sepatutnya berjumpa pada 31 Januari ini untuk membincangkan isu perdagangan dan imigresen.

"Kami telah memaklumkan Rumah Putih pada pagi ini bahawa saya tidak akan menghadiri mesyuarat kerja yang dijadualkan berangsung pada Selasa hadapan dengan Trump. (Kerajaan) Mexico menegaskan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mencapai perjanjian yang menguntungkan kedua-dua negara," kata Pena Nieto di dalam laman sosialnya.

Sebelum itu, Presiden Trump berkata bahawa Presiden Pena Nieto patut membatalkan sahaja lawatan kerjanya ke Washington DC pada minggu hadapan jikalau Mexico enggan membiayai tembok di sempadan kedua-dua negara.

"A.S memiliki defisit perdagangan sebanyak USD 60 bilion dengan Mexico. Perkara ini hanya memihak kepada sebuah pihak sahaja sejak permulaan NAFTA dengan sejumlah besar pekerjaan dan syarikat lesap (di A.S). Mexico patut batalkan sahaja perjumpaan pada minggu hadapan jikalau mereka enggan membayar untuk tembok tersebut," kata Trump.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky