Tunjuk Perasaan Anti-Trump Di Philadelphia

  • News Code : 807647
  • Source : ABNA24
Brief

Warga Amerika Syarikat di bandar Philadelphia turun ke jalan raya untuk menyertai tunjuk perasaan berikutan ketibaan Presiden Donald Trump ke bandar itu untuk menyertai sebuah perjumpaan parti Republikan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Warga Amerika Syarikat di bandar Philadelphia turun ke jalan raya untuk menyertai tunjuk perasaan berikutan ketibaan Presiden Donald Trump ke bandar itu untuk menyertai sebuah perjumpaan parti Republikan.

Ribuan penunjuk perasaan telah berkumpul di City Center, sebuah daerah di Philadelphia di mana perjumpaan parti Republikan itu dijangkakan berlangsung.

"Jika kami tidak mendapatkan keadilan sekarang, mereka tidak akan memperolehi keamanan!" jerit para peserta tunjuk perasaan itu.

Para peserta berarak pada hari Khamis menuju ke Hotel Loews di mana Trump dijangka akan memberikan ucapan beliau kepada peserta persidangan partinya.

Sambil menyorak "Hei, hei, ho, ho, Donald Trump perlu pergi" dan "Cinta bukan kebencian. Itulah yang akan menjadikan Amerika kembali hebat," para peserta tunjuk perasaan itu berarak ke arah hotel tersebut.

Para penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang mengecam komen kontroversi Trump berkaitan wanita dan para pendatang di negara itu. Para peserta terdiri daripada pelbagai usia dan bangsa.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram