Wanita Muslim Diserang Di Lapangan Terbang JFK Oleh Penyokong Trump

  • News Code : 807650
  • Source : ABNA24
Brief

Seorang penyokong kepada Presiden Donald Trump dari Massachusetts telah menyerang seorang wanita Muslim di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York. Dia dilaporkan menendang dan menjerit kepada mangsa dengan menggunakan perkataan lucah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang penyokong kepada Presiden Donald Trump dari Massachusetts telah menyerang seorang wanita Muslim di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York. Dia dilaporkan menendang dan menjerit kepada mangsa dengan menggunakan perkataan lucah.

Menurut pihak berkuasa, lelaki itu memberitahu Rabeyaa Khan, seorang pekerja sayrikat penerbangan Delta bahawa Presiden Amerika Syarikat yang baharu akan 'menendang keluar' semua orang Muslim dari negara tersebut.

"Trump di sini sekarang. Dia akan membuang kalian semua. Kamu boleh menanyakan Jerman, Belgium dan Perancis berkenaan mereka ini semua. Kamu akan lihat apa yang akan berlaku," kata Robin Rhodes kepada mangsa.

Pendakwa raya daerah Queen, Richard A. Brown pada hari Khamis berkata bahawa insiden itu berlaku pada malam Rabu. Rhodes menghampiri Khan yang memakai hijab ketika dia masih berada di dalam pejabatnya.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky