Pemegang Visa Sah Dihalang Masuk A.S Sejak Arahan Eksekutif Trump Berkuatkuasa

  • News Code : 807875
  • Source : ABNA24
Brief

Beberapa individu yang dilaporkan memegang kad hijau dan juga visa yang sah telah dilaporkan dihalang daripada menaiki pesawat ke Amerika Syarikat. Sebahagian yang lain pula ditahan sejurus setelah tiba di lapangan terbang Amerika Syarikat. Perkara itu berlaku beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat menandatangani arahan eksekutif yang menghalang kemasukan rakyat kepada beberapa negara Islam ke negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beberapa individu yang dilaporkan memegang kad hijau dan juga visa yang sah telah dilaporkan dihalang daripada menaiki pesawat ke Amerika Syarikat. Sebahagian yang lain pula ditahan sejurus setelah tiba di lapangan terbang Amerika Syarikat. Perkara itu berlaku beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat menandatangani arahan eksekutif yang menghalang kemasukan rakyat kepada beberapa negara Islam ke negara tersebut.

Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat pada hari Jumaat mengeluarkan sebuah arahan yang mengarahkan bahagian Kastam dan Perlindungan Sempadan untuk menguatkuasakan arahan eksekutif Trump. Arahan tersebut menghalang kesemua individu yang datang dari Iran, Iraq, Libya, Yaman dan Somalia untuk memasuki A.S selama 90 hari.

Arahan itu turut menggantung Program Penerimaan Pelarian A.S selama 120 hari sehingga presiden menentukan bahawa perubahan yang secukupnya dibuat ke atas program tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram