Lebih Sejuta Penduduk Britain Bantah Lawatan Trump

  • News Code : 808296
  • Source : ABNA24
Brief

Lebih daripada sejuta warga Britain telah menandatangani sebuah bantahan yang menggesa kerajaan UK untuk menarik semula jemputan mereka kepada Presiden Donald Trump untuk melawat London dan bertemu dengan Ratu Elizabeth.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih daripada sejuta warga Britain telah menandatangani sebuah bantahan yang menggesa kerajaan UK untuk menarik semula jemputan mereka kepada Presiden Donald Trump untuk melawat London dan bertemu dengan Ratu Elizabeth.

Bantahan untuk menghalang lawatan Trump itu bermula pada November lalu, beberapa bulan sebelum Perdana Menteri Theresa May melawat Rumah Putih pada hari Jumaat lepas. Semasa lawatannya ke A.S, May telah menyampaikan jemputan itu kepada Trump.

Kempen itu menadapat momentumnya apabila Trump mengenakan sekatan 90 hari ke atas warga negara dari 7 buah negara Islam.

Setakat ini, bantahan itu telah melangkaui sejuta tandantangan. Menurut undang-undang negara itu, sebuah bantahan yang memiliki 100000 tandatangan perlu diambil kira oleh ahli parlimen untuk dibahaskan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky