• 16 Maut Letupan Berkembar Di Baghdad

    Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala 67 lagi cedera pada Isnin dalam insiden letupan berkembar di pusat bandar ibu kota Iraq, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sumber Kementerian Dalam Negeri. Baca lagi ...

  • Kapal Tangki Iran Karam

    Kapal tangki Iran yang terbakar selama lapan hari selepas bertembung di pesisir China karam hari ini, lapor media kerajaan dengan 30 kru masih hilang. Baca lagi ...

  • Pesawat Tempur UAE Ceroboh Ruang Udara Qatar

    Qatar berkata bahawa pesawat tempur kedua milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mencabul ruang udaranya sehari selepas Doha membuat aduan rasmi kepada PBB berhubung apa yang dianggap mereka sebagai pencabulan terhadap ruang udara negara itu pada bulan lepas oleh jet pejuang dari negara yang sama. Baca lagi ...

  • Trump Akan Buat Keputusan Berhubung Kepatuhan Iran Terhadap JCPOA

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka mengumumkan sama ada dia akan mengesahkan komitmen Iran ke atas perjanjian nuklear antarabangsa 2015 atau tidak. Pengumuman itu dijangka akan dibuat pada hari Jumaat ini bersamaan dengan tarikh akhir yang ditentukan oleh undang-undang dalaman A.S sendiri. Baca lagi ...

  • Trump Batal Lawatan Ke London

    Presiden Donald Trump, hari ini mengumumkan tidak akan menghadiri pembukaan kedutaan baru Amerika Syarikat di ibu kota Britain itu, langkah yang disambut baik pengkritik yang merancang mengadakan bantahan besar-besaran. Baca lagi ...

  • Trump Guna Bahasa Kasar Hina Haiti, Negara Afrika

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempersoalkan mengapa mereka mahu menerima pendatang dari Haiti dan negara Afrika yang digelarnya “negara lubang tahi”, menurut 2 sumber yang biasa dengan kenyataan tersebut. Baca lagi ...

  • Segitiga Musuh Cipta Kekacauan Di Iran Baru-Baru Ini: Khamenei

    Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa "segitiga" musuh -Amerika Syarikat dan Israel di satu sudut, negara kaya di Teluk Parsi di satu sudut dan pertubuhan MKO di sudut yang lain- telah berusaha untuk mencetuskan kekacauan dan keganasan di Iran sejak beberapa bulan lepas. Baca lagi ...

  • A.S Malukan Diri Di Majlis Keselamatan PBB: Rouhani

    Presiden Hassan Rouhani berkata Amerika Syarikat telah memalukan dirinya sendiri dengan cuba menyasarkan Republik Islam Iran di dalam sesi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung insiden domestik yang baru-baru ini tercetus di dalam negara Timur Tengah itu. Baca lagi ...

  • Warga Saudi Berang Harga Petrol Naik

    Warga Arab Saudi telah menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial untuk melepaskan kemarahan mereka terhadap kerajaan berikutan tindakan Riyadh menaikkan harga petrol dan pengenalan cukai VAT kepada pengguna di negara itu. Baca lagi ...

  • Yaman Guna Peluru Berpandu Sendiri: Iran

    Ketua Turus Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan sekutunya bahawa Tehran telah membekalkan peluru berpandu kepada pasukan bersenjata di Yaman. Baca lagi ...

  • A.S Dikritik Di Dalam Sesi Majlis Keselamatan PBB

    Majlis Keselamatan PBB akhirnya akur dengan tekanan Amerika Syarikat yang menggesa anggotanya untuk bertemu dalam membincangkan perkembangan terkini yang berlaku di Iran. Akan tetapi sesi tersebut tidak berjalan seperti yang dikehendaki Washington apabila pemegang kuasa veto yang lain termasuk sekutu Washington sendiri menggunakan pertemuan itu untuk mengkritik Rumah Putih yang dianggap telah menggunakan majlis PBB itu untuk melakukan campur tangan di dalam urusan domestik Tehran sambil berusaha untuk mengaitkan perkembangan tersebut dengan perjanjian nuklear JCPOA. Baca lagi ...

  • Perhimpunan Bantah Tunjuk Perasaan Ganas Di Iran

    Warga awam turun ke jalan raya di beberapa buah bandar penting di Iran buat hari yang keempat dalam rangka menyatakan sokongan mereka kepada pemerintahan Islam di negara itu sambil mengecam tunjuk perasaan ganas yang tercetus pada minggu lepas. Baca lagi ...

  • A.S Rancang Plot Ke Atas Turki: Erdogan

    Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam Amerika Syarikat yang menyabitkan seorang pengurus bank terkemuka negara itu di A.S sambil menuduh bahawa Washington sedang merencanakan beberapa "plot" ke atas Ankara. Baca lagi ...

  • Palestin Kecam Trump

    Palestin mengutuk ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memotong bantuan bernilai lebih AS$300 juta (RM1.2 bilion) setahun kepada rakyatnya sambil menegaskan negara itu tidak akan tunduk dengan ugutan sedemikian. Baca lagi ...