• Laporan Berhubung Serangan Kimia Di Syria Adalah Palsu: Rusia

    Kementerian Luar Negeri Rusia mengecam laporan berhubung serangan gas kimia yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Syria di Timur Ghouta Timur dengan menyifatkannya sebagai palsu sambil memberi amaran bahawa sebarang campur tangan ketenteraan berdasarkan "alasan yang dicipta dan dibuat" boleh mendatangkan akibat yang buruk. Baca lagi ...

  • Texas, Arizona Kerah Tentera Ke Sempadan Mexico

    Texas dan Arizona mengumumkan rancangan untuk menghantar pasukan Pengawal Kebangsaan ke sempadan Mexico selepas Presiden Donald Trump mengerahkan seribu anggota untuk membanteras penyeludupan dadah dan pendatang asing. Baca lagi ...

  • A.S Sebarkan Kutu Berpenyakit Di Korea

    Angkatan tentera Amerika Syarikat menyebarkan kutu yang dijangkiti wabak di Korea Utara pada bulan Mac tahun 1952, menurut sebuah laporan berhubung peperangan bakteria yang diksiarkan di dalam laman maya. Baca lagi ...

  • A.S Kekalkan Tentera Di Syria Untuk Jaga Air Muka: Penganalisis

    Seorang penganalisis mengatakan bahawa strategi Amerika Syarikat di Syria sama sekali telah menemui kegagalan sambil menambah bahawa keputusan Washington untuk mengekalkan pasukannya di negara Arab yang dilanda perang tersebut sekadar untuk "menyelamatkan air muka" mereka sendiri. Baca lagi ...

  • Iran Kritik Kenyataan Memalukan Putera Mahkota Arab Saudi

    Iran mengatakan bahawa dasar terkini Arab Saudi merupakan sebuah "tragedi yang sangat menyedihkan," sambil menekankan bahawa Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman membayar berbilion USD kepada Amerika Syarikat dan rejim Israel dalam rangka memperolehi dokongan Washington dan Tel Aviv. Baca lagi ...

  • Filipina Sedia Terima Pelarian Rohingya

    Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata hari ini, `genosid' berlaku di Myanmar dan menyatakan kesediaan menerima pelarian Rohingya sambil menegaskan, Eropah juga perlu menghulurkan bantuan. Baca lagi ...

  • Turki, Rusia, Iran Bincang Nasib Syria

    Presiden Iran, Turki dan Rusia dilaporkan bertemu hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak tiga pihak yang diadakan kali kedua dalam masa kurang enam bulan, bertujuan mempercepat rundingan damai Syria dan mengukuhkan pengaruh di negara itu. Baca lagi ...

  • 20 Maut Angkara Boko Haram

    Angka kematian akibat serangan militan Boko Haram ke atas sebuah pangkalan tentera berhampiran timut laut bandar Maiduguri pada Ahad meningkat kepada 20 orang, kata polis semalam. Baca lagi ...

  • Militan Mula Kosongkan Timur Ghouta

    Beratus-ratus militan dari kumpulan pengganas Takfiri Jaish al-Islam telah mula mengosongkan posisi terakhir mereka di daerah Timur Ghouta yang terletak di pinggir ibukota Syria, Damysik. Perkembangan itu berlaku sehari selepas mereka mencapai persetujuan dengan tentera kerajaan Syria dengan Rusia sebagai pihak perantara. Baca lagi ...

  • Kedutaan Rusia Tuntut UK Dedah Siasatan Kes Novinchok

    Kedutaan Rusia di London telah mengemukakan senarai 14 soalan kepada Kementerian Luar United Kingdom (UK) bagi menuntut negara ini mendedahkan perincian siasatan berhubung kes serangan agen saraf terhadap bekas perisiknya, Sergei Skripal dan anak perempuannya. Baca lagi ...

  • Turki Arah Ulama Fethullah Gulen Ditahan

    Turki mengarahkan penahanan ulama Fethullah Gulen dan tujuh yang lain kerana didakwa terbabit dalam insiden pembunuhan duta Russia ke Turki, Andrei Karlov pada 2016, kata akhbar Haberturk. Baca lagi ...

  • A.S Bantah Draf Majlis Keselamatan PBB

    Draf Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa siasatan dilakukan ke atas pertempuran di sempadan Gaza-Israel yang diserahkan semalam menerima bantahan Amerika Syarikat (AS). Baca lagi ...

  • Erdogan Gelar Netanyahu Pengganas

    Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini menuduh Benjamin Netanyahu menjadi pengganas selepas perdana menteri Israel itu menolak 'pelajaran moral' Ankara susulan pertempuran maut di Gaza. Baca lagi ...

  • Tragedi Gaza Percepatkan Kemusnahan Israel: IRGC

    Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) secara keras mengutuk tindakan jenayah terkini rejim Israel yang membunuh beberapa orang warga Palestin ketika mereka menyertai demonstrasi besar-besaran yang menentang pendudukan rejim Tel Aviv ke atas tanah air mereka. Baca lagi ...

  • 4 Remaja Wanita Lancar Serangan Nekad Di Nigeria

    Empat pengebom remaja wanita menyebabkan dua maut dalam serangan pelbagai di timur laut Nigeria, kata penduduk hari ini, serangan terbaharu sejak kerajaan mengumumkan rundingan gencatan senjata dengan militan Boko Haram. Baca lagi ...

  • Putera Mahkota Saudi Bertemu Dengan Para Pelobi Pro-Israel

    Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman dilaporkan telah bertemu dengan para pemimpin beberapa kumpulan lobi pro-Israel semasa lawatannya ke Amerika Syarikat. Riyadh pada ketika ini dilihat giat berusaha menuju ke arah normalisasi hubungan diplomatik dengan rejim Tel Aviv dengan mengenepikan beberapa isu penting dunia Islam termasuk konflik di Palestin. Baca lagi ...

  • Turki Kecam Israel, Angka Maut Di Gaza Kini 12

    Turki menjadi negara pertama mengecam tindakan Israel menggunakan kekerasan menangani demonstrasi puluhan ribu penduduk Palestin di sempadan Gaza-Israel yang sudah mengorbankan 12 orang manakala lebih 500 lagi cedera. Baca lagi ...

  • Russia Usir 60 Diplomat A.S, Tutup Konsulat

    Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, semalam berkata Moscow akan mengusir 60 diplomat Amerika Syarikat dan menutup konsulatnya di Saint Petersburg bagi membalas tindakan sama dilakukan negara itu berhubung kes racun bekas pengintip Kremlin, Sergei Skripal. Baca lagi ...

  • Israel Tahan Kanak-Kanak Tiga Tahun

    Tentera rejim Zionis didakwa cuba memberkas seorang kanak-kanak Palestin berumur tiga tahun yang sedang bermain di luar rumahnya di bandar Hebron, Tebing Barat selama beberapa minit. Baca lagi ...