16 penceramah dilarang mengajar agama di negeri Johor

  • News Code : 733103
  • Source : Sinar Harian
Brief

Beberapa penceramah dilarang mengajar agama di negeri Johor kerana menganut aliran di luar Ahlisunnah Wal Jamaah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kerajaan negeri Johor mengeluarkan arahan larangan berceramah dan mengajar agama ke atas 16 penceramah yang tidak sealiran dengan Ahlisunnah Wal Jamaah.

Berasaskan laporan ini, 16 orang penceramah agama tersebut dikesan menganut ajaran Wahabi yang rata-ratanya mengharamkan tawassul, mengkafirkan Sunni Asya'irah dan sufi, mengkafirkan penyambut Maulidur Rasul, menjisimkan Allah, mengharamkan bacaan al-Qur'an kepada orang yang sudah meninggal dunia dan mengajar agama tanpa bertauliah.

Sehubungan dengan itu, Exco Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim bertegas akan mengambil tindakan yang sama ke atas beberapa orang ustaz yang sudah dikenal pasti mempunyai akidah sedimikian rupa, “Pandangan saya, ramai lagi ustaz dan penceramah anak jati negeri ini, malah bukan sahaja 16 penceramah ini dilarang, akan menyusul beberapa nama lagi yang telah dikenal pasti. Kita tidak haramkan mereka untuk datang, sebaliknya hanya melarang berceramah atau mengajar,” katanya kepada wartawan Sinar Harian.

Dalam masa yang sama, beberapa lembar dokumen yang berkaitan dengan larangan tersebut berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Johor telah beredar dalam WhatsApp.

“Penceramah yang dilarang ini, ada antara mereka saya lihat terlalu popular di laman sosial, selain bertindak memburukkan individu lain. Hakikatnya ia satu perbuatan yang berdosa.

“Mereka ini tidak sesuai di Johor, yang cuba melaga-lagakan, memfitnah, memperlekehkan ulama, dan ada unsur penghinaan,” katanya.



Dokumen kerajaan itu antara lain menyenaraikan nama Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan penceramah bebas, Fathul Bari, Rasul Dahri, Fadhlan bin Othman, Idris Sulaiman bin Yasin, Emran Ahmad, Fikri Alam Ghiri, Hafiz Firdaus, Mohd Yaakob bin Yunus, Dr. Anas Madani, Maulana Asri Yusof, Halim Hassan, Khairil Anuar, Khairul Ikhwan, Hussein Yee dan Isa Deraman.

Sementara itu Mufti Perli Asri Zainul Abidin memberi reaksi dengan mencabar pihak berkenaan untuk mengemukakan bukti seperti apa yang didakwa dalam dokumen tersebut.

Selain Asri, Fathul Bari turut menyatakan kekesalan kerana dituduh mengkafirkan umat Islam.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram