Ustaz Sunni dan Wahabi setuju berdebat Rabu depan

  • News Code : 733523
  • Source : Malaysiakini
Brief

Dua ustaz dari aliran Sunni dan Wahabi dijangka berdebat Rabu depan

Agensi berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pertembungan antara aliran Sunni Asyairah dan Wahabi di Malaysia semakin rancak apabila dua orang dari kedua-dua aliran tersebut setuju untuk berdebat secara langsung mengenai isu ekstemisme agama di negara ini.

Asri dalam Facebook beliau berkata sedia berdebat secara terbuka dengan presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA) itu dan berharap ia disiarkan langsung di TV dan Internet.

“Alhamdulillah saya sudah menerima jemputan dan beliau juga sudah menerima. Saya harap disiarkan secara langsung oleh stesen TV ataupun Internet.

“Dirakam agar semua pihak dapat menontonnya. Insya-Allah moga ada kebaikan,” tulis bekas felo di pusat pengajian tinggi terkemuka dunia Universiti Oxford itu.

Debat dijangka akan berlangsung di Auditorium ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang akan menampilkan Pengarang Astro Awani, Nazri Kahar sebagai moderator.

Dalam surat jemputan daripada setiausaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, objektif penganjurannya dikatakan bertujuan menolak budaya label melabel dan menggalakkan perbincangan ilmiah.

Selain itu, ia bertujuan membersihkan salah faham termasuk menerangkan perkara sebenar agar tindakan selepas ini bukan berdasarkan sangkaan buruk.

Undangan itu dibuat setelah Zamihan, yang juga seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Facebook sebelum ini menyatakan kesediaannya berdebat dengan Asri.

“Saya juga bersedia 24 jam untuk berdebat secara ilmiah dengan beliau atas apa saja topik sekalipun. Beliau boleh memilih mana-mana tajuk berkaitan, lokasi, peserta dan format.

“Saya tidak pernah gentar untuk berhujah dengan mufti sepertinya. jika tewas, beliau perlu meletak jawatan sebagai seorang mufti dan berhenti memfitnah saya,” tulis Zamihan di Facebook.

Kedua-dua ustaz tersebut sering menyerang antara satu sama lain dalam status di jaringan sosial. Zamihan sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi apabila mengaitkan Asri Zainul Abidin, Shahidan Kassim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai lingkaran keganasan dalam sebuah taklimat tertutup pada tahun 2010. Sementara itu Asri Zainul Abidin dan Shahidan beberapa kali mengecam dan menuduh Zamihan sebagai Syiah.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram