Forum Analisa Ekstremisme Dalam Dunia Islam berlangsung di Malaysia

  • News Code : 739735
  • Source : Mehrnews
Brief

Sebuah forum ilmu yang menampilkan tokoh-tokoh ilmuan dari Iran dan Malaysia telah berlangsung hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Forum ilmu analisa "Ekstremisme dalam dunia Islam" yang dihadiri beberapa cendiakawan Malaysia dan Iran telah berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur yang dianjurkan Yayasan Ilmu dan Penyelidikan Ferdousi dan Asiaye-ma dengan bertujuan mengeratkan hubungan di antara Timur dan Barat Asia dalam kajian ilmiah.

Di awal forum ini, Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran ke Malaysia, Ali Akbar Zeya'i menerangkan ciri-ciri ekstremisme dan peranan cendiakawan Muslim dalam mengkaji masalah ini. Beliau turut menyentuh tentang penerangan berbagai cendiakawan dan analisa berbagai dimensi ekstremisme dalam dunia Islam.

Professor Dr. Hassanuddeen Abd Aziz dari UIA pula menceritakan tentang tidak seimbangnya ekonomi dalam dunia yang menjadi faktor kezaliman kuasa asing global sehingga memicu perkembangan ekstremisme dalam dunia Islam.

Seterusnya Fauzi bin Zakaria yang merupakan pensyarah Akademi Pengajian Islam Univeristi Malaya menerangkan analisa sejarah kemunculan Khawarij sebagai komuniti ekstremis di kalangan umat Islam.

Panel berikutnya Hisham Pak Wan dari UIAM menambah, "Dengan mengamati sejarah ekstremisme dalam dunia Islam, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa akar umbi perkembangannya hanyalah berpunca dari kuasa asing dan penjajah."

Prof Dr Ahmad Murad Merican dari USM pula menyentuh tentang gerakan seperti Nazisme dan revolusi Perancis yang mempunyai masalah ekstremisme. Oleh itu beliau menegaskan masalah ekstremisme tidak hanya isu di dalam umat Islam semata-mata.

Sementara itu, Dr. Mohd Roslan yang merupakan Professor dari Universiti Malaya menerangkan kebanyakan terma ekstremisme hari ini dirujuk kepada majoriti umat Islam. Kata beliau, "Sebagai salah satu langkah untuk menyingkirkan pemikiran ekstremisme dalam Dunia Islam, umatnya hendaklah kembali merujuk kepada sumber dialog yang berasaskan kesederhanaan seperti yang telah dilakukan di al-Azhar."

Di akhir forum ini, ahli-ahli panel berbincang dan bertukar pandangan tentang perbezaan mazhab-mazhab dalam Islam dan mencari penyelesaian dalam mengekang perkembangan ekstremisme dalam dunia Islam.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram