A.S Mungkin Akan Hantar Pulang Tahanan Warga Malaysia Di Kem Guantanamo.

  • News Code : 791724
  • Source : freemalaysiatoday
Brief

Malaysia dan Amerika Syarikat dilaporkan sedang berbincang untuk menghantar pulang seorang daripada 2 rakyat negara ini yang ditahan di kem tahanan A.S untuk pengganas di Guantanamo Bay, Cuba.

PETALING JAYA: Malaysia dan Amerika Syarikat dilaporkan sedang berbincang untuk menghantar pulang seorang daripada 2 rakyat negara ini yang ditahan di kem tahanan A.S untuk pengganas di Guantanamo Bay, Cuba.

New York Times melaporkan rundingan itu tertumpu kepada Mohd Farik Amin yang disyaki terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) pada awal 2000.

Farik didakwa membantu pengganas Indonesia, Riduan Isamuddin yang dikenali sebagai Hambali dan dipercayai adalah dalang di sebalik pengeboman di Bali pada 2002 serta Hotel Marriot di Jakarta pada tahun berikutnya.

Seorang lagi warganegara Malaysia, Mohamad Bashir Lap, turut ditahan di kem sama kerana pembabitan dalam JI.

Farik dan Bashir ditahan di Guantanamo Bay sejak 2006.

Menurut laporan, perjanjian itu bakal melihat kedua-dua rakyat Malaysia itu dan Hambali didakwa.

Pihak berkuasa A.S berharap Farik akan mengaku bersalah di negara itu untuk kesalahan keganasan dan bersetuju memberi keterangan terhadap Bashir dan Hambali.

Farik akan ditahan selama 4 tahun lagi sebelum dihantar pulang ke Malaysia untuk menghabiskan baki hukumannya.

Menurut laporan itu, pegawai AS menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 2 November lalu bagi membincangkan rancangan


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky