Lavrov Namakan Pemimpin E.U Yang Campur Tangan Di Dalam Pilihan Raya A.S

  • News Code : 806001
  • Source : ABNA24
Brief

Rusia sekali lagi menafikan dakwaan ke atas mereka yang mengatakan Kremlin telah melakukan campur tangan di dalam kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat tahun 2016.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia sekali lagi menafikan dakwaan ke atas mereka yang mengatakan Kremlin telah melakukan campur tangan di dalam kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat tahun 2016.

Di samping itu, Rusia turut mengatakan bahawa mereka yang patut dipersoalkan adalah beberapa negara Eropah yang mana sebahagian daripada pemimpin mereka secara terang-terangan memfitnah calon parti Republikan, Donald Trump ketika kempen pilihan raya berlangsung.

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov di dalam sebuah sidang akhbar pada hari Rabu mengatakan bahawa Moscow sudah 'letih' dengan tuduhan bahawa Kremlin melakukan campur tangan di dalam pilihan raya tersebut.

"Dikeranakan tuduhan tidak berasas, tidak mempunyai bukti dan berunsur fitnah ini kerap timbul, saya mahu mengatakan tentang kesinisan situasi ini terletak pada hakikat bahawa mereka yang melontarkan fitnah ini adalah mereka yang benar-benar secara aktif melakukan campur tangan di dalam pilihan raya itu," kata Lavrov.

Beliau berkata bahawa Moscow sedia bekerja dengan sesiapapun yang terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.

"Berlawanan dengan Rusia, beberapa orang pemimpin dari negara-negara yang merupakan sekutu kuat A.S secara terang-terangan berkempen untuk Hillary Clinton. Mereka yang aktif daripada sudut pandang ini adalah Angela Merkel, Francois Hollande, Theresa May dan beberapa pemimpin Eropah yang lain," katanya lagi.

Beliau turut berkata bahawa "beberapa pegawai rasmi negara-negara Eropah bahkan pergi lebih jauh dengan memburuk-burukkan Donald Trump sepanjang kempen pilihan raya 2016 itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky