Ribuan Sedia Turun Ke Jalan Raya Di Britain Untuk Kecam Sekatan Trump

  • News Code : 808318
  • Source : ABNA24
Brief

Ribuan warga negara Britain bersedia untuk menyertai tunjuk perasaan untuk membantah sekatan imigresen yang diperkenalkan oleh pentadbiran Trump di Amerika Syarikat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan warga negara Britain bersedia untuk menyertai tunjuk perasaan untuk membantah sekatan imigresen yang diperkenalkan oleh pentadbiran Trump di Amerika Syarikat.

Lebih daripada 25000 orang telah menyatakan kesediaan mereka terhadap seruan Owen Jones [penulisa dan wartawan] yang memanggil warga Britain untuk mengadakan "demo kecemasan" sebagai tanda sokongan mereka kepada individu yang dilarang daripada memasuki A.S.

Pada hari Jumaat lepas, Presiden Trump telah menandatangani sebuah arahan eksekutif yang mengenakan sekatan selama 90 hari kepada rakyat dari beberapa negara Islam daripada memasuki A.S. Arahan itu turut melarang kemasukan pelarian dari Syria. Trump mendakwa langkah itu perlu untuk mengelakkan bahaya keganasan yang dibawa oleh 'Islam radikal'.

Sesetengah pihak mempersoalkan keikhlasan Trump di dalam melaksanakan langkah itu kerana negara Arab Saudi, yang mana 15 rakyatnya adalah mereka yang dikenal pasti sebagai penyerang di dalam tragedi 9/11, tidak disenaraikan di dalam sekatan tersebut.

Canselor Jerman pula mengatakan perang ke atas keganasan bukanlah alasan untuk melaksanakan sekatan seperti itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

conference-abu-talib
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky