• Turki Boikot Produk Elektronik A.S

    Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa Turki akan memboikot produk elektronik dari Amerika Syarikat (A.S) sebagai tindak balas terhadap sekatan dan kenaikan tarif yang dikenakan Washington ke atas Ankara berikutan penahanan seorang paderi A.S yang dikaitkan dengan percubaan rampasan kuasa tentera yang lepas.

    Baca lagi ...
  • Sekatan Semula Ke Atas Iran Bawa Implikasi Destruktif: Rusia

    Rusia sekali lagi mengkritik Amerika Syarikat berikutan tindakan Washington memperkenalkan semula sekatan unilateralnya terhadap Iran selepas pentadbiran Presiden Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear pelbagai hala tahun 2015. Rusia menggambarkan tindakan itu sebagai sebuah "langkah destruktif" yang akan menganggu kestabilan rantau Timur Tengah yang kini sudahpun berada di dalam keadaan tidak menentu.

    Baca lagi ...
  • Colombia Iktiraf Negara Palestin

    Kerajaan Colombia secara rasmi mengiktiraf keberadaan entiti Palestin sebagai sebuah negara berdaulat sekaligus memberikan tamparan diplomatik terkini ke atas rejim penindas Israel.

    Baca lagi ...
  • A.S Larang Perniagaan Dengan Republik Islam Iran

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberikan amaran keras terhadap sebarang pihak yang melakukan transaksi perdagangan dengan Iran dengan mengatakan bahawa mereka akan disekat daripada berniaga dengan negaranya.

    Baca lagi ...
  • Tawaran Rundingan Trump Hanya Publisiti Semata-Mata; Zarif

    Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa tawaran yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, baru-baru ini untuk berunding dengan Iran berhubung isu nuklear negara Timur Tengah itu tidak lain tidak bukan sekadar sebuah usaha untuk mencari publisiti semata-mata memandangkan pentadbiran Trump menurut beliau tidak boleh dipercayai selepas Washington menarik diri daripada perjanjian nuklear JCPOA sebelum ini.

    Baca lagi ...
  • Warga Gaza Bernafas Semula

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik cadangan Lembaga Bank Dunia menambah peruntukan sebanyak AS$90 juta kepada Palestin, khususnya di Genting Gaza.

    Baca lagi ...
  • Israel Musnahkan Sekitar 200 Struktur Palestin Di Tebing Barat

    Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengatakan bahawa pihak berkuasa Israel setakat ini telah menghancurkan sebanyak 197 buah struktur milik Palestin di Tebing Barat pada separuh pertama tahun 2018 apabila pihak rejim Tel Aviv mula giat dengan dasar perampasan tanah di wilayah yang diduduki.

    Baca lagi ...
  • Rejim Israel Tahan Flotila Kemanusiaan Gaza

    Beberapa kapal perang Israel dilaporkan telah menghentikan flotilla kemanusiaan yang berlepas dari Gaza ke Cyprus dalam rangka memecahkan pengepungan 11 tahun rejim ke atas kawasan pantai wilayah itu.

    Baca lagi ...
  • Bandar Saudi Dibedil Tentera Yaman

    Pasukan tentera Yaman dan pasukan sekutu mereka telah melancarkan peluru berpandu balistik ke atas wilayah Jizan di Arab Saudi sebagai tindak balas terhadap serangan pasukan rejim Riyadh ke atas negara mereka.

    Baca lagi ...
  • Keraguan Sekitar Kemampuan Saudi Ganti Minyak Iran Di Pasaran Global

    Pelbagai indikasi yang terus meningkat menunjukkan bahawa A.S tidak boleh bergantung kepada Arab Saudi untuk terlalu lama untuk menampung kekosongan yang wujud di dalam bekalan minyak antarabangsa akibat daripada bekalan minyak Iran yang hilang jika Amerika Syarikat berhasrat untuk memperkenalkan sekatan berkaitan ke atas Tehran.

    Baca lagi ...
  • Jerman Dan China Komited Terhadap JCPOA

    Jerman dan China kembali menyatakan komitmen mereka untuk terus bekerja di dalam kerangkan perjanjian nuklear tahun 2015 yang ditandatangani di antara Iran dan negara-negara kumpulan P5 + 1 berikutan tindakan unilaterak A.S yang sebelum ini menarik diri daripada perjanjian bersejarah itu.

    Baca lagi ...
  • Kumpulan EU3 Buka Perniagaan Tanpa Dolar Dengan Iran

    Menteri Luar Persekutuan Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa tiga penandatanganan utama kepada perjanjian nuklear Iran sepakat untuk mewujudkan hubungan perdagangan yang bebas daripada penggunaan dolar A.S dengan Tehran dalam rangka mengatasi permasalahan berbangkit akibat daripada tindakan Washington yang meminta negara-negara sekutu mereja untuk mengurangkan hubungan perniagaan dengan Iran.

    Baca lagi ...
  • Trump Sifatkan Trudeau Lemah

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menggesa perwakilan negaranya di sidang kemuncak G7 untuk tidak mengesahkan kesepakatan bersama yang dikeluarkan oleh para pemimpin negara-negara kumpulan G7 berikutan apa yang dikatakan olehnya sebagai "kenyataan palsu" yang dibuat oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

    Baca lagi ...
  • Rusia Kunci Kelestarian JCPOA: Presiden Rouhani

    Presiden Iran Hassan Rouhani berkata bahawa negara Rusia memainkan peranan utama dalam memastikan kelestarian perjanjian nuklear Tehran selepas Washington menarik diri secara unilateral daripada kesepakatan antarabangsa itu.

    Baca lagi ...
Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky