• Israel Musnahkan Sekitar 200 Struktur Palestin Di Tebing Barat

    Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengatakan bahawa pihak berkuasa Israel setakat ini telah menghancurkan sebanyak 197 buah struktur milik Palestin di Tebing Barat pada separuh pertama tahun 2018 apabila pihak rejim Tel Aviv mula giat dengan dasar perampasan tanah di wilayah yang diduduki.

    Baca lagi ...
  • Rejim Israel Tahan Flotila Kemanusiaan Gaza

    Beberapa kapal perang Israel dilaporkan telah menghentikan flotilla kemanusiaan yang berlepas dari Gaza ke Cyprus dalam rangka memecahkan pengepungan 11 tahun rejim ke atas kawasan pantai wilayah itu.

    Baca lagi ...
  • Bandar Saudi Dibedil Tentera Yaman

    Pasukan tentera Yaman dan pasukan sekutu mereka telah melancarkan peluru berpandu balistik ke atas wilayah Jizan di Arab Saudi sebagai tindak balas terhadap serangan pasukan rejim Riyadh ke atas negara mereka.

    Baca lagi ...
  • Keraguan Sekitar Kemampuan Saudi Ganti Minyak Iran Di Pasaran Global

    Pelbagai indikasi yang terus meningkat menunjukkan bahawa A.S tidak boleh bergantung kepada Arab Saudi untuk terlalu lama untuk menampung kekosongan yang wujud di dalam bekalan minyak antarabangsa akibat daripada bekalan minyak Iran yang hilang jika Amerika Syarikat berhasrat untuk memperkenalkan sekatan berkaitan ke atas Tehran.

    Baca lagi ...
  • Jerman Dan China Komited Terhadap JCPOA

    Jerman dan China kembali menyatakan komitmen mereka untuk terus bekerja di dalam kerangkan perjanjian nuklear tahun 2015 yang ditandatangani di antara Iran dan negara-negara kumpulan P5 + 1 berikutan tindakan unilaterak A.S yang sebelum ini menarik diri daripada perjanjian bersejarah itu.

    Baca lagi ...
  • Kumpulan EU3 Buka Perniagaan Tanpa Dolar Dengan Iran

    Menteri Luar Persekutuan Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa tiga penandatanganan utama kepada perjanjian nuklear Iran sepakat untuk mewujudkan hubungan perdagangan yang bebas daripada penggunaan dolar A.S dengan Tehran dalam rangka mengatasi permasalahan berbangkit akibat daripada tindakan Washington yang meminta negara-negara sekutu mereja untuk mengurangkan hubungan perniagaan dengan Iran.

    Baca lagi ...
  • Trump Sifatkan Trudeau Lemah

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menggesa perwakilan negaranya di sidang kemuncak G7 untuk tidak mengesahkan kesepakatan bersama yang dikeluarkan oleh para pemimpin negara-negara kumpulan G7 berikutan apa yang dikatakan olehnya sebagai "kenyataan palsu" yang dibuat oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

    Baca lagi ...
  • Rusia Kunci Kelestarian JCPOA: Presiden Rouhani

    Presiden Iran Hassan Rouhani berkata bahawa negara Rusia memainkan peranan utama dalam memastikan kelestarian perjanjian nuklear Tehran selepas Washington menarik diri secara unilateral daripada kesepakatan antarabangsa itu.

    Baca lagi ...
  • Iran Kecam Pembunuhan Jururawat Oleh Rejim Israel

    Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif mengutuk pembunuhan seorang jururawat muda Palestin oleh rejim Zionis Israel berhampiran dengan sempadan Gaza sambil menamakan insiden itu sebagai satu lagi tindakan memalukan oleh rejim tersebut.

    Baca lagi ...
  • Jururawat Palestin DIbunuh Tentera Israel

    Seorang jururawat muda Palestin terbunuh ketika pasukan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-pendudukan berhampiran sempadan antara Semenanjung Gaza dan wilayah yang diduduki rejim Zionis.

    Baca lagi ...
  • Palang Merah Hantar Pakar Bedah, Peralatan Ke Gaza

    Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata hari ini, ia menghantar dua pasukan pakar bedah ke Gaza dan menubuhkan unit sama di hospital utama wilayah terkepung itu bagi merawat mangsa yang cedera parah akibat pertembungan antara tentera Israel dan penduduk Palestin.

    Baca lagi ...
  • 2 Anggota Tentera Saudi Maut Dalam Konflik Yaman

    Arab Saudi mengatakan bahawa dua anggota angkatan tenteranya terbunuh di dalam operasi ketenteraannya di Yaman dalam rangka menghakis elemen pejuang Houthi Ansarullah negara jiran Riyadh itu. Insiden tersebut dilaporankan tercetus di kawasan sempadan kedua-dua buah negara.

    Baca lagi ...
  • Setiap Plot A.S Temui Kegagalan

    Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Seyed Ali Khamenei mengatakan permusuhan A.S dengan Iran adalah mendalam tetapi semua plot Amerika terhadap negara telah menemui kegagalan sejak kemenangan Revolusi Islam di negara itu.

    Baca lagi ...
  • Putera Raja Gesa Rampasan Kuasa Di Arab Saudi

    Seorang Putera Saudi menggesa pihak tertentu untuk melancarkan rampasan kuasa ke atas pemerintahan pakciknyadan dalam masa yang sama menghalang struktur kuasa baharu yang dipimpin oleh oleh anak Raja Salman, Mahkota Putera Mohammed bin Salman daripada melakukan mendatangkan lebih banyak kerosakan kepada kerajaan Arab itu.

    Baca lagi ...
  • Sekatan Paling Ketat Untuk Iran: Washington

    Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mengatakan bahawa Washington akan meningkatkan tekanan kewangan ke atas Iran dengan mengenakan "sekatan paling meluas dalam sejarah" ke atas Republik Islam itu jika Tehran enggan mengubah dasar asing dan domestiknya.

    Baca lagi ...
  • Palestin Akan Bebas: Ayatullah Syed Ali Khamenei

    Pemimpin Revolusi Republuk Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei mengatakan bahawa bumi Palestin pada akhirnya akan bebas daripada cengkaman musuh sambil menekankan bahawa Baitulmuqaddis akan menjadi ibu negara negara itu di sebalik usaha keras Amerika Syarikat untuk memesongkan hakikat ini.

    Baca lagi ...
  • Siapa Perlukan Musuh Dengan Kawan Seperti A.S: Eropah

    Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk telah mengecam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas keputusannya yang "tidak menentu", termasuk keputusan yang melibatkan perjanjian nuklear Iran sambil berkata Eropah tidak memerlukan musuh dengan rakan seperti A.S

    Baca lagi ...
Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky