• Trump Akan Buat Keputusan Berhubung Kepatuhan Iran Terhadap JCPOA

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka mengumumkan sama ada dia akan mengesahkan komitmen Iran ke atas perjanjian nuklear antarabangsa 2015 atau tidak. Pengumuman itu dijangka akan dibuat pada hari Jumaat ini bersamaan dengan tarikh akhir yang ditentukan oleh undang-undang dalaman A.S sendiri.

    Baca lagi ...
  • Segitiga Musuh Cipta Kekacauan Di Iran Baru-Baru Ini: Khamenei

    Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa "segitiga" musuh -Amerika Syarikat dan Israel di satu sudut, negara kaya di Teluk Parsi di satu sudut dan pertubuhan MKO di sudut yang lain- telah berusaha untuk mencetuskan kekacauan dan keganasan di Iran sejak beberapa bulan lepas.

    Baca lagi ...
  • A.S Malukan Diri Di Majlis Keselamatan PBB: Rouhani

    Presiden Hassan Rouhani berkata Amerika Syarikat telah memalukan dirinya sendiri dengan cuba menyasarkan Republik Islam Iran di dalam sesi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung insiden domestik yang baru-baru ini tercetus di dalam negara Timur Tengah itu.

    Baca lagi ...
  • Warga Saudi Berang Harga Petrol Naik

    Warga Arab Saudi telah menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial untuk melepaskan kemarahan mereka terhadap kerajaan berikutan tindakan Riyadh menaikkan harga petrol dan pengenalan cukai VAT kepada pengguna di negara itu.

    Baca lagi ...
  • Yaman Guna Peluru Berpandu Sendiri: Iran

    Ketua Turus Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan sekutunya bahawa Tehran telah membekalkan peluru berpandu kepada pasukan bersenjata di Yaman.

    Baca lagi ...
  • Perhimpunan Bantah Tunjuk Perasaan Ganas Di Iran

    Warga awam turun ke jalan raya di beberapa buah bandar penting di Iran buat hari yang keempat dalam rangka menyatakan sokongan mereka kepada pemerintahan Islam di negara itu sambil mengecam tunjuk perasaan ganas yang tercetus pada minggu lepas.

    Baca lagi ...
  • Arab Saudi Tidak Akan Berhenti Bom Yaman: PBB

    PBB menegaskan bahawa di sebalik gesaan terhadap Arab Saudi untuk menghentikan serangan mereka dalam rangka membuka ruang bagi bantuan kemanusiaa disalurkan, rejim Riyadh akan terus mengebom ibu kota Sana'a tanpa henti.

    Baca lagi ...
  • Keamanan Kembali Di Sana'a

    Majlis Politik Tertinggi Yaman yang mengawal urusan negara berkata bahawa situasi di ibu kota Sana'a kini kembali aman selepas penduduk awam bandar itu menyaksikan pertempuran ganas selama beberapa hari di antara pasukan yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh dan pejuang Houthi.

    Baca lagi ...
  • SDF Dibentuk A.S Untuk Bekal Senjata Kepada Kurdis

    Bekas jurucakap Pasukan Demokratik Syria (SDF), Talal Silo yang sebelum ini melarikan diri ke Turki memberitahu agensi berita Anadolu pada hari Sabtu bahawa kumpulan pemberontak itu diasaskan oleh Amerika Syarikat dalam rangka untuk menutup tindakan Washington yang mahu membekalkan senjata kepada Unit Perlindungan Awam Kurdis (YPG) -sebuah pertubuhan yang dikaitkan denga Parti Pekerja Kurdis (PKK).

    Baca lagi ...
  • Pemimpin Houthi Gesa Dialog Berikutan Konflik Dalaman

    Pemimpin Gerakan Ansarullah Houthi, Abdul-Malik al-Houthi menggesa sebuah dialog dalam rangka mencari penyelesaian kepada pertikaian yang wujud di antara kumpulan itu dengan dengan tentera yang setia kepada bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.

    Baca lagi ...
  • Syria Lancar Peluru Berpandu Ke Atas Pesawat Tempur Israel

    Tentera Syria melancarkan sekurang-kurangnya empat buah peluru berpandu darat ke udara dengan menyasarkan pesawat perang rejim Israel berikutan tindakan rejim tersebut menyerang sebuah sasaran yang terletak di sebuah perkampungan di barat Damsyik, baca laporan.

    Baca lagi ...
  • Rumah Putih Tidak Akan Pecat Tillerson

    Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders berkata Rex Tillerson akan kekal sebagai Setiausaha Jabatan Negara, namun enggan menyatakan sama ada Presiden Donald Trump masih mempunyai keyakinan ke atas beliau.

    Baca lagi ...
  • Trump Pertimbang Serius Pemindahan Duta A.S Di Tel Aviv Ke al-Quds

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sedang mempertimbangkan untuk memindahkan duta negaranya di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem al-Quds, kata pegawa-pegawai A.S. Tindakan itu akan mengubah polisi luar A.S yang selama berpuluh tahun diamalkan oleh pentadbiran-pentadbiran sebelumnya serta mampu meningkatkan ketegangan di Timur Tengah.

    Baca lagi ...
  • Tentera Yaman Sasar Peluru Berpandu Ke Dalam Wilayah Arab Saudi

    Tentera Yaman yang didukung oleh para pejuang Ansarullah Houthi telah melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana ke atas sebuah sasaran tentera di Arab Saudi sekaligus menandakan serangan kedua seperti itu di dalam bulan ini selepas pihak berkuasa Yaman mengancam untuk membalas tindakan Riyadh yang mengenakan sekatan ke atas negara miskin itu.

    Baca lagi ...
  • Pakatan A.S Akui Akibatkan Kematian 800 Lebih Warga Awam Syria-Iraq

    Sekurang-kurangnya 800 orang warga awam terbunuh akibat daripada serangan pakatan yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq dan Syria sejak tahun 2014, baca laporan pakatan itu. Ia turut menambah bahawa pakatan itu bertanggungjawab ke atas "kecederaan dan kematian yang tidak disengajakan di kalangan warga awam."

    Baca lagi ...
  • Britain Sokong JCPOA: PM Britain

    Perdana Menteri Britain, Theresa May telah mengesahkan semula sokongan pentadbirannya ke atas perjanjian nuklear di antara Iran dengan enam buah kuasa besar dunia di sebalik retorik keras daripada pentadbiran Rumah Putih yang mengancam untuk menamatkannya.

    Baca lagi ...
  • A.S Cari Alasan Untuk Musnahkan Korea Utara: Rusia

    Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa Amerika Syarikat sedang memprovokasi pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un supaya bertindak melulu di dalam program peluru berpandunya sekaligus memberikan alasan kepada Washington untuk memusnahkan negara Asia itu.

    Baca lagi ...
  • PM Britain Sokong Iraq Yang Bersatu

    Perdana Menteri Britain, Theresa May telah menegaskan sekali lagi sokongan kerajaannya kepada integriti wilayah dan perpaduan Iraq sambil memanggil para pegawai dari wilayah berautonomi separa Kurdistan untuk melindungi perpaduan kebangsaan negara Arab itu.

    Baca lagi ...
Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky