• Setiap Plot A.S Temui Kegagalan

    Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Seyed Ali Khamenei mengatakan permusuhan A.S dengan Iran adalah mendalam tetapi semua plot Amerika terhadap negara telah menemui kegagalan sejak kemenangan Revolusi Islam di negara itu.

    Baca lagi ...
  • Putera Raja Gesa Rampasan Kuasa Di Arab Saudi

    Seorang Putera Saudi menggesa pihak tertentu untuk melancarkan rampasan kuasa ke atas pemerintahan pakciknyadan dalam masa yang sama menghalang struktur kuasa baharu yang dipimpin oleh oleh anak Raja Salman, Mahkota Putera Mohammed bin Salman daripada melakukan mendatangkan lebih banyak kerosakan kepada kerajaan Arab itu.

    Baca lagi ...
  • Sekatan Paling Ketat Untuk Iran: Washington

    Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mengatakan bahawa Washington akan meningkatkan tekanan kewangan ke atas Iran dengan mengenakan "sekatan paling meluas dalam sejarah" ke atas Republik Islam itu jika Tehran enggan mengubah dasar asing dan domestiknya.

    Baca lagi ...
  • Palestin Akan Bebas: Ayatullah Syed Ali Khamenei

    Pemimpin Revolusi Republuk Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei mengatakan bahawa bumi Palestin pada akhirnya akan bebas daripada cengkaman musuh sambil menekankan bahawa Baitulmuqaddis akan menjadi ibu negara negara itu di sebalik usaha keras Amerika Syarikat untuk memesongkan hakikat ini.

    Baca lagi ...
  • Siapa Perlukan Musuh Dengan Kawan Seperti A.S: Eropah

    Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk telah mengecam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas keputusannya yang "tidak menentu", termasuk keputusan yang melibatkan perjanjian nuklear Iran sambil berkata Eropah tidak memerlukan musuh dengan rakan seperti A.S

    Baca lagi ...
  • Daesh Senjata Pilihan A.S Di Timur Tengah: Iran

    Menteri Pertahanan Republik Islam Iran, Brigadier Jeneral Amir Hatami berkata bahawa kemunculan dan perkembangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Afghanistan merupakan sebuah "fenomena yang sangat berbahaya," sambil menyatakan kesediaan Tehran untuk bekerjasama dengan Kabul dalam memerangi keganasan di negara itu.

    Baca lagi ...
  • Perpaduan Penting Untuk Umat Islam: Syed Ali Khamenei

    Pemimpin Revolusi Republik Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei menekankan perihal pentingnya konsep "perpaduan dan integriti" di kalangan negara-negara Islam ketika pihak musuh berusaha habis-habisan untuk menyemai benih perpecahan di kalangan umat.

    Baca lagi ...
  • Iran Kecam Serangan Rejim Zionis Ke Atas Syria

    Iran telah mengutuk serangan terkini rejim Israel ke atas Syria sambil menganggapnya sebagai sebuah usaha oleh pendukung utama kumpulan pengganas di negara Arab tersebut dalam rangka menjawab kekalahan mereka di tangan kerajaan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

    Baca lagi ...
  • Rusia, Jerman Kekal Komited Terhadap JCPOA

    Presiden Russia, Vladimir Putin dan Canselor Jerman, Angela Merkel mengesahkan komitmen mereka untuk meneruskan perjanjian nuklear nuklear Iran tahun 2015 walaupun A.S sebelum ini bertindak meninggalkan perjanjian yang antarabangsa itu, kata Kremlin.

    Baca lagi ...
  • Iraq Guna Telefon Pembantu Baghdadi Untuk Tangkap Beberapa Komander Daesh

    Pegawai keselamatan kanan kerajaan Iraq berkata bahawa pihak berkuasa sedang menahan seorang pembantu kanan kepada pemimpin kumpulan pengganas Takfiri Daesh, Ibrahim al-Samarrai al-Abu Bakr al-Baghdadi, dan telah menggunakan aplikasi pesanan di telefon bimbitnya untuk menangkap empat pemerintah daripada kumpulan pengganas tersebut.

    Baca lagi ...
  • Pakatan Tajaan A.S Sengaja Memanjangkan Krisis Di Syria: Damsyik

    Kerajaan Damsyik mengatakan bahawa gabungan yang dipimpin A.S yang kononnya memerangi kumpulan pengganas Daesh Takfiri tidak memiliki sebarang bentuk legitimasi daripada masyarakat antarabangsa kerana Pentagon kerap kali terlibat di dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap warga awam Syria, aktiviti yang melemahkan kedaulatan, perpaduan dan integriti wilayah Syria serta sengaja memanjangkan krisis yang ditaja oleh kuasa asing itu.

    Baca lagi ...
  • Peluru Berpandu Yaman Kenai Sasaran Di Jizan, Arab Saudi

    Pasukan tentera Yaman, yang disokong oleh para pejuang dari Jawatankuasa Rakyat, telah melancarkan sekurang-kurangnya lapan buah peluru berpandu balistik buatan negara Arab itu ke atas beberapa "kawasan ekonomi dan sasaran penting" di wilayah Jizan yang terletak di bara daya Arab Saudi sebagai tindak balas atas kempen rejim Saudi terhadap negara itu, lapor media Yaman.

    Baca lagi ...
  • Trump, Macron Bincang Isu Nuklear Iran

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan rakan sejawatannya, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyeru satu perjanjian baharu mengenai nuklear ditandatangani dengan Iran.

    Baca lagi ...
  • Iran Kecam Serangan Pengganas Di Kabul

    Jurucakap Kementerian Luar Republik Islam Iran Bahram Qassemi mengecam serangan pengganas di pusat pendaftaran pengundi yang terletak di Kabul, Afghanistan sambil menggambarkannya sebagai perbuatan jenayah dan tidak berperikemanusiaan.

    Baca lagi ...
  • Militan Cuba Ganggu Akses Pakar OPCW Di Douma

    Timbalan Menteri Luar Rusia berkata bahawa kumpulan pengganas yang ditaja oleh kuasa asing di Syria telah menghalang akses para pemeriksa daripada Organisasi Larangan Penggunaan Senjata Kimia (OPCW) kepada bandar Douma yang terletak di wilayah Damsyik.

    Baca lagi ...
  • Insiden Di Douma Dirancang Oleh Perisikan Britain: Rusia

    Rusia mengatakan bahawa mereka memiliki bukti yang "tidak boleh disangkal" bahawa serangan kimia yang didakwa berlaku di bandar Douma, Damsyik -yang sebelum ini sebagai alasan untuk melancarkan serangan peluru berpandu ke atas negara Arab itu oleh tiga kuasa Barat- merupakan sebuah operasi "bendera palsu" yang dirancang oleh agensi perisikan Britain sendiri.

    Baca lagi ...
  • Pemimpin Perancis Dan U.K Berhadapan Kecaman Kerana Serang Syria

    Dua kuasa tentera utama di benua Eropah membuat perjudian dengan penglibatan mereka bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengebom Syria tanpa mendapat sebarang mandat daripada PBB. Pemimpin kedua-dua buah negara Eropah itu kini berhadapan dengan kesan negatif akibat daripada tindakan mereka itu.

    Baca lagi ...
conference-abu-talib
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky