Ulama Turki kutuk fatwa pemusnahan gereja

  • News Code : 307629
  • Source : ABNA.co
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama di Ankara, Mehmet Gormez memberitahu wartawan bahawa Islam menghormati kepercayaan agama lain. Selain itu, beliau menganggap seruan pemusnahan gereja adalah menentang toleransi beragama. Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap fatwa mufti ekstrimis Wahabi, Sheikh Abdul Aziz Al Al-Shaikh yang menyeru pemusnahan gereja bulan lalu yang menimbulkan provokasi antara umat Islam dan penganut agama Kristian di seluruh dunia. Gormez, dalam wawancara bersama surat khabar Today's Zaman berkata, "Pandangan tersebut terang-terang bertentangan dengan matlamat dan tradisi Islam selain mengajar rasa tidak hormat terhadap hak orang bukan Islam." "Kami percaya bahawa pengistiharaan ini meninggalkan titik hitam terhadap konsep hak asasi dan kebebasan dalam Islam yang sering dititik beratkan," tambah beliau.
کنگره جریان‏های تکفیری