Sheikhul Islam Thailand (Chularajmontri);

Iran sebuah negara maju

  • News Code : 310251
  • Source : ABNA.co
Sheikhul Islam Thailand ketika menerima kunjungan Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran berkata Iran adalah negara Islam yang kuat. Ia dapat menghadapi kuasa angkuh dunia dengan gagahnya.

Sheikh Abdul Aziz Phitakkumpon berkata, "Saya pernah berkunjung ke Iran dan mengenali negara ini dan umat Islamnya dengan lebih dekat. Saya tahu bahawa Iran sangat bersabar menghadapi berbagai masalah untuk membela Islam. Dengan rahmat Allah, banyak kemajuan dapat dicapai."

Beliau turut menerangkan pengalaman Iran dalam menguruskan jemaah Haji dengan mengatakan, "Tahun lepas saya telah menunaikan ibadah haji selaku wakil Sheikhul Islam dan penyelia hal ehwal umat Islam Thailand. Saya turut bertemu dengan pengurus haji Iran dan berdialog dengannya."

Konsul Kebudayaan Iran Mustafa Najjariyan Zadeh menyatakan kegembiraannya atas pertemuan ini dan berkata, "Selaku umat Islam, kita mempunyai tanggung jawab berasaskan ajaran al-Quran untuk menziarahi saudara-saudara mukmin."

Mustafa berkata, "Saya membawa pesanan pemimpin, kerajaan dan rakyat republik Islam Iran untuk anda. Saya memang tahu bahawa raja dan kerajaan Thailand sangat menghargai kedudukan Sheikhul Islam dan sentiasa mengambil berat tentang urusan umat Islam."

Beliau berkata, "Kedudukan Sheikhul Islam sangatlah dihormati untuk umat Islam Thailand. Kerana itu anda mempunyai tanggungjawab besar dan kami tahu, anda berusaha sedaya upaya dengan ikhlas menumpukan perhatian terhadap urusan umat Islam negara ini, banyak kegiatan kamu tentang hal ehwal haji, melangsungkan majlis maulud nabi, penyelenggaraan masjid dan imam jumaat, pengedaran majalah dan mencetak buku-buku Islam."

Najjariyan berkata, "Kami memaklumkan kesediaan untuk berkongsi pengalaman dalam pengurusan haji dan sangatlah sesuai jika badan-badan Iran dan Thailand bertukar pandangan terutamanya tentang perkara tersebut."

Berasaskan laporan ini, institusi Sheikhul Islam di Thailand telah wujud iaitu sejak hampir 400 tahun yang lampau. Ulama pertama yang dilantik menjadi Sheikhul Islam yang pertama ialah Syeikh Ahmad Qomi dari Iran.

Sheikh Abdul Aziz Phitakkumpon berkelulusan Arab Saudi adalah Sheikhul Islam yang ke-14 di negara ini.

کنگره جریان‏های تکفیری