Mirza Sarfaraz dibunuh Ekstrimis Wahabi di Karachi

  • News Code : 314325
  • Source : ABNA.co

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang lagi pengikut mazhab Syiah berusia 35 tahun dibunuh di bandar Orangi, pada hari Selasa lalu.

Mirza Sarfaraz terkorban dengan 4 peluru di Sabri Chowk, bandar Orangi sektor 11 ½. Jenazah beliau dibawa ke hospital tempatan untuk dibedah siasat.

Penduduk bermazhab Syiah menjadi sasaran bunuh kumpulan pengganas yang semakin meningkatkan serangan mereka tanpa sebarang tindakan daripada penguatkuasa undang-undang tempatan.

Terdapat beberapa kumpulan pengganas dari golongan Wahabi di Pakistan yang aktif menyerang, membunuh dan menculik penduduk Syiah seperti kumpulan Sipah-e-Sahaba, Lashkar-e-Jhangvi dan Harkat ul Ansar.

کنگره جریان‏های تکفیری