Lubnan tegang setelah kematian ulama Sunni

  • News Code : 316689
  • Source : al Manar

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketegangan memuncak di beberapa kawasan di Lubnan apabila beberapa askar negara tersebut melepaskan tembakan ke arah konvoi yang enggan berhenti di pos pemeriksaan askar di bandar Alwykhat, Akkar yang menyebabkan kematian Sheikh Ahmed Abdul Wahid dan salah seorang pengawal peribadinya.

National News agency melaporkan bahawa Sheikh Abdel Wahid, sedang menuju ke kota Halba bersama konvoi bersenjata untuk menyertai upacara anti regim Syria. Ketika sampai di pemeriksaan tentera, konvoi beliau enggan berhenti sehingga menyebabkan askar Lubnan melepaskan tembakan ke arah keretanya. Abdel Wahid terbunuh bersama pengawal peribadinya Mohammed Hussein Moreb.

Kumpulan militan membakar tayar untuk menutup beberapa jalan Utara Lubnan  termasuk jalan ke Syria sebagai protes. Beberapa kawasan yang lain turut menyaksikan rusuhan yang sama seperti Beirut, Utara Akkar dan Timur lembah Bekaa.

Askar dan polis membuka semula jalan untuk mententeramkan situasi di negara tersebut.

Perdana Menteri Lubnan Najib Miqati meminta semua pihak bertenang setelah askar Lubnan membuka fail siasatan kes. Miqati selaku pengerusi majlis mesyuarat keselamatan mendesak rakyat Lubnan terutamanya penduduk Tripoli agar bersabar dan bertindak dengan bijaksana. Beliau menegaskan bahawa semua jalan hendaklah dibuka semula selain membendung serangan ke atas prasarana awam.

Download FILES


کنگره جریان‏های تکفیری