Habuan di sebalik penutupan Husainiyah Syiah di Mesir

  • News Code : 318478
  • Source : velayattv.com
Kerajaan Mesir tidak berani mengistiharkan arahan penutupan Husainiyah Syiah di Mesir sebagai salah satu syarat untuk memohon bantuan dana daripada Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa minggu lalu pembukaan Husainiyah Syiah di Mesir telah selamat dirasmikan dengan kehadiran Hujjatul Islam Syaikh Dr. Ali Kurani, ulama dan penyelidik terkemuka Lubnan yang menetap di Qom. Malangnya Husainiyah tersebut terpaksa ditutup beberapa hari kemudian.

Tidak cukup dengan penutupan Husainiyah ini, ekstrimis Wahabi terus melancarkan serangan propaganda mereka sehingga hari ini walaupun dengan menggunakan fakta-fakta palsu dan penipuan.

Saban hari isu ini menjadi semakin heboh dan sengaja diperbesarkan sehingga memaksa Dr. Ahmad Rasim Al-Nafasi, tokoh Syiah terkenal di Mesir berhenti mendiamkan diri dengan mendedahkan sebab utama penutupan Husainiyah pertama di Mesir itu.

Al-Nafasi menjelaskan, “Syiah mendiamkan diri dalam beberapa peristiwa terbaru ini bukanlah kerana dhaif, namun kami tidak mahu terjadi perselisihan yang diungkapkan sebagai perbalahan dan ketegangan. Dalam minggu baru-baru ini, beberapa media memohon untuk mewawancara bersama saya dan meminta saya menceritakan tentang Syiah di mesir termasuk apa yang terjadi. Namun saya menolak semua permintaan mereka.”

Beliau menambah, “Beberapa hari lalu, berita dalam media tersebar bahawa Husainiyah di Tanta juga diarahkan ditutup. Saya perlu nyatakan bahawa tidak wujud sama sekali Husainiyah, malah ia hanyalah rumah individu bernama ‘Imad Qandil’, iaitu tempat berkumpulnya sekumpulan golongan sufi. Rumah tersebut tidak ada kaitan dengan Syiah Mesir.”

Jurucakap Syiah ini berkata, “Namun saya perlu sampaikan kepada semua orang apakah sebab penutupan Husainiyah pertama Syiah ini, iaitu mesyuarat sulit yang dilangsungkan di antara Syeikh Al-Azhar, golongan Salafi dan Sufi Mesir yang dikelolakan oleh Arab Saudi telah menampilkan inisiatif peruntukan dana. Saudi meminta Husainiyah Syiah ditutup segera.”

Ahmad Nafasi menambah, “Kerajaan Mesir tidak berani memaklumkan permintaan Saudi agar Husainiyah Syiah ditutup, kerana Mesir akan mendapat bantuan dana dengan syarat penutupan Husainiyah ini.”

Katanya lagi, “Selain itu Saudi juga meminta Mesir memberi tekanan terhadap Syiah supaya tidak ada lagi kegiatan mereka. Contoh yang lain ialah permohonan menubuhkan parti Hizbul Tahrir tidak diluluskan atas permintaan Saudi. Masalah mereka dengan kita ialah politik. Andainya saya membela kepentingan Iran di Kaherah dengan masuk campur dalam urusan dalaman Kaherah, mereka akan anggap saya sebagai pembohong. Jikalau saya terima stimulasi ini, saya akan dilabel sebagai pengintip. Mereka tetap menimbulkan masalah dalam apa jua situasi.”

Download FILES


کنگره جریان‏های تکفیری