Pembunuhan Syiah di Afrika;

2 Syiah dibunuh ketika solat, ramai cedera + Gambar

  • News Code : 318563
  • Source : ABNA.co

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa lelaki bersenjata telah melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang menunaikan solat maghrib di Potiskum, Nigeria. Dalam kejadian ini 2 orang terbunuh di mana salah seorangnya adalah saudara lelaki pemimpin Syiah, Malam Mustafa Lawan Nasidi, manakala seorang lagi adalah pemandunya.

Kedua-dua korban bernama Malam Mukhtar Lawan Nasidi dan Malam Audu. Selain korban, ramai dilaporkan cedera dalam serangan.

“Saya percaya sasaran mereka adalah Malam, namun Allah menjaganya dan kami berdoa kepada roh mereka yang dibunuh dan kesembuhan untuk mereka yang cedera,” kata Malam Musa yang turut cedera.

Para saksi yang terbabit dalam peristiwa berdarah ini mendakwa pembunuhan dilakukan oleh orang yang terlatih berdasarkan peluru dan beberapa bukti yang ditemui di sekitar tempat kejadian.

Download FILES


کنگره جریان‏های تکفیری