Sayid Hasan Nasrullah;

Bekal senjata pejuang punca perang Syria

  • News Code : 334396
  • Source : ABNA.co
Setiausaha Agung Hizbullah berkata, serangan pengganas di Syria bertujuan menyekat bekalan senjata yang diperlukan oleh pejuang Lubnan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sayid Hasan Nasrullah berkata, "Tidak ada sesiapa pun yang membincangkan kekalahan memalukan yang ditanggung Israel pada tahun 2000, begitu juga tidak ada perbahasan tentang sebab kemenangan pejuang ini ialah dibantu Allah, bukan bantuan daripada masyarakat antarabangsa, liga Arab atau sesiapa pun.Tambah beliau lagi, "Setelah kemenangan tahun 2000, Amerika mahu pemberhentian perjuangan dan perlucutan senjata sedangkan Hizbullah merupakan bahagian pejuang yang terbesar dan asasi. Kerana itu mereka menyatakan perlucutan senjata Hizbullah, ini diseababkan senjata ini yang menewaskan Israel."Mengenai beberapa kumpulan yang ingin senjata Hizbullah dilucutkan, Sayid Hasan berkata, "Isu yang dibangkitkan ini boleh memasuki konflik politik, media dan diskusi baru di bawah tajuk "Perlucutan senjata perjuangan.""Kewujudan pejuang adalah menjamin kekuatan Lubnan dan melindungi rakyat negara ini.""Dalam tahun 2004, termasuklah sebelum resolusi 1559, cadangan kepada Syria untuk berkompromi dalam dalam isu ini telah dibangkitkan, seorang pegawai Arab pernah mengusulkan kepada Bashar Asad supaya menerima cadangan melusutkan senjata Hizbullah. namun Bashar menolak usulan tersebut.""Syria meminta mereka dan Lubnan dilindungi dari Israel. Bashar Asad menganggap perjuang Lubnan dan Palestin sebahagian dari strategi keselamatan bangsa Arab."Beliau turut menegaskan, "Dalam tahun 2004, menteri luar Zionis, Silvan Shalom berkata bahawa resolusi 1559 merupakan usaha-usaha diplomatik dan usaha jangkamasa panjang Israel. Sehingga ke hari ini kita menghadapi resolusi Israel dan sebahagian kumpulan-kumpulan Lubnan turut membela resolusi itu dan isi kandungannya."Sayid Hasan Nasrullah berkata, "Dalam pada itu, dalam beberapa pertemuan panjang saya dengan Rafiq Hariri mencapai kesepakatan untuk mempertahankan senjata pejuang."Penilaian pejuang dalam peperangan 33 hari.Sayid Hasan Nasrullah mengingatkan tentang ciri-ciri peperangan dalam tahun 2006 dengan mengatakan, "Saya mengingatkan bahawa pejuang mampu mengalahkan musuh dalam setiap peperangan di darat, dan perkara ini sudah menjadi realiti dalam peperangan 33 hari, sementara itu pertempuran tamat dengan pengakuan jelas dari pihak Israel."Matlamat perang terhadap SyriaSayid Nasrullah berkata, "Beberapa hari lalu, salah seorang pemimpin berkata pemerintahan Asad akan jatuh dan Hizbullah akan meletakkan senjata.""Sekiranya rundingan dialog mencapai ketetapan suatu strategi mempertahankan Lubnan, maka tujuan ini suci dan mempunyai perbezaan. Tidak sepatutnya ianya diperlambatkan walau apa jua alasannya. Namun matlamat hari ini adalah sebaliknya. 

Download FILES


کنگره جریان‏های تکفیری