Mufti Mesir;

Wahabi adalah khawarij moden dan anjing neraka

  • News Code : 341183
  • Source : al-Ahram
Mufti Republik Arab Mesir melabelkan golongan sesat aliran Wahabi sebagai Khawarij moden dan anjing neraka.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mufti Republik Arab Mesir menyifatkan golongan yang memusnahkan permakaman wali Allah dan orang soleh, termasuk pembakaran perpustakaan Islam di Libya sebagai Khawarij moden dan anjing neraka. 

Beliau turut memberi amaran kepada umat Islam agar tidak hanyut di dalam pemikiran sesat yang telah berkali-kali mencabuli tempat-tempat suci para wali Allah, orang soleh dan keturunan Ahlul Bait selain membuat tuduhan kepada ulama dan orang soleh sebagai titik hitam, syirik dan kufur.

Dr. Ali Jum'ah turut mengatakan bahawa mereka yang bertindak memusnahkan makam Abdul Salam al-Asmar, membakar perpustakaan di kota Zliten Libya, menghancurkan makam sufi al-Arif Ahmad Zaruq sebagai Khawarij moden, anjing neraka, pelakun kerosakan di atas muka bumi, peruntuh rumah-rumah Allah dan tempat suci kaum muslimin, pencabul kehormatan para wali Allah dan pencetus fitnah perang saudara.

Selain itu beliau turut menyeru pihak berkuasa Libya bertindak menghukum perbuatan jenayah itu kerana menyebarkan kesesatan, mengkafirkan umat Islam mendorong lidah-lidah mereka untuk memicu api fitnah yang tidak diredai oleh Allah dan RasulNya. Beliau turut meminta setiap umat Islam bangkit menentang jenayah ini dengan segala ucapan, perbuatan, tenaga dan segala apa yang terdaya.

Sebagai amaran keras, beliau mengatakan ideologi sesat ini tidak mendorong umat Islam menghormati orang yang hidup mahupun orang mati. Nafsu mereka juga tidak akan puas dengan mengkafirkan, memfasikkan dan membid'ahkan seluruh umat, ulama dan orang soleh. Beliau menegaskan perbuatan ini tidak hanya mendedahkan jenayah mereka kepada umat Islam, bahkan realiti pengecut. Ini disebabkan mereka menzahirkan penyakit yang bersarang di dalam hati sehingga benar-benar menjadi Khawarij.

Pemusnahan makam Saidida Abdul Salam al-Asmar dan Sisi Ahmad Zaruq juga dianggap sebagai perbuatan Syaitan. Selain itu perbuatan ini juga dibandingkan dengan kata-kata Nabi (s.a.w) yang bersabda di dalam Sahih Muslim: "Aku ingatkan kalian tentang Ahlul Baitku, aku ingatkan kalian tentang Ahlul Baitku, aku ingatkan kalian tentang Ahlul Baitku, dan hadis al-Bukhari: "Lihatlah Muhammad melalui Ahlul Baitnya".

Download FILES


کنگره جریان‏های تکفیری