Gambar Hujur bin Adi palsu?

  • News Code : 417305
  • Source : نسیم
Brief

Gambar yang tersebar dalam laman web sosial tersebut dikatakan berkaitan dengan salah seorang anggota pemberontak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Wartawan akhbar Nasim di Syria mendedahkan pembohongan gambar berkaitan dengan jasad Hujur bin Adi yang tersebar dalam laman web sosial.Menurut wartawan tersebut gambar itu adalah mayat salah seorang pemberontak yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan askar Syria.Sebelum ini laman web yang berkaitan dengan pembangkang Syria, al-Ghutah al-Sharqiyah mendakwa gambar tesebut adalah jasad sahabat Rasulullah (s.a.w) yang bernama Hujur bin Adi yang mana makamnya telah digali oleh golongan Salafi.Sementara itu menurut beberapa catatan sejarah, kepala Hujur bin Adi dan para sahabatnya dikatakan telah dipenggal dan dikirim kepada Muawiyah. Dengan ini gambar tersebut tidak dapat disahkan sebagai jasad Hujur bin Adi.

کنگره جریان‏های تکفیری