Diskriminasi terhadap Syiah;

Guru al-Quran dipecat dari al-Azhar atas tuduhan Syiah

  • News Code : 430749
  • Source : ABNA.co
Brief

Diskriminasi terhadap pengikut Ahlul Bait (a.s) di Mesir semakin meningkat

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pentadbiran undang-undang Mesir bertindak memecat seorang guru al-Quran dari Universiti Al-Azhar dan akan mengemukakan resolusi kepada Sheikh Al-Azhar Dr. Ahmed Al-Tayyeb untuk keputusan terakhir setelah menjatuhkan hukuman penjara setahun kerana beramal dengan mazhab Syiah.

Jawatankuasa Hal ehwal Undang-undang Negeri "Al-Gharibah" Mesir juga telah merujuk kes Muhammad 'Ushfur yang memeluk mazhab Syiah kepada jawatankuasa undang-undang pusat sebelum mengambil keputusan pemberhentian beliau dari kerja.

Mahkamah Negeri Kafr Al-Zayyat, Al-Gharibah sebelum ini turut dilaporkan telah menjatuhkan hukuman penjara setahun dengan dipaksa menjadi buruh atas tuduhan cenderung kepada Syiah dan melaksanakan ibadah menurut mazhab tersebut dalam masjid.

Hingga hari ini beberapa ulama Ahlusunnah dan tokoh agama Universiti al-Azhar telah bertukar ke mazhab Syiah sehingga mencetuskan kebimbangan institut pendidikan ini.

Antara mereka yang menjadi Syiah setelah menjalankan kajian ilmiah ialah graduan al-Azhar Allamah Muhaqqiq Ahmad Amin Anthaki.

Download FILES


کنگره جریان‏های تکفیری