Diskriminasi Sunni Mesir terhadap minoriti Syiah

  • News Code : 431710
  • Source : Al-Ahram Online
Brief

Masyarakat Syiah di Mesir (yang mana jumlah mereka masih diperdebatkan) dikatakan terus menghadapi diskriminasi dan penganiayaan saudara mereka daripada golongan Sunni.

The Shiites
Rakyat Mesir mengambil bahagian dalam sambutan ulangtahun kelahiran Saidina Husain bin Ali di Bulatan Islam Al-Husain Kaherah - Gambar: Randa Ali

Julai sebelum ini, buat pertama kali dalam sejarah, Mesir memenjarakan seorang lelaki Syiah bernama Mohamed Asfour atas tuduhan menghina sahabat Nabi yang amat dihormati oleh golongan Sunni. 

Asfour yang berasal dari pengikut ajaran Salafi di Delta Nil, Tanta menegaskan bahawa penangkapannya telah didahului dengan kempen penduduk kampung yang berang dengan peralihan fahamannya selama sebulan. Kedua ibu bapa mertuanya dilaporkan merima paksaan untuk menceraikan Asfour dan isterinya.

"Beberapa media melaporkan insiden tersebut," kata aktivis Syiah terhekal Rassam Ahmed El-Nafis.

El-Nafis menambah hukuman penjara Asfour selama tiga tahun telah diringankan kepada setahun dan kesnya tidak mendapat perhatian penduduk tempatan.

El-Nafis menceritakan kisah-kisah duka Asfour kepada Ahram Online sebagai salah satu contoh tindakan keras ke atas kumpulan-kumpulan agama minoriti terutamanya Syiah dalam revolusi Mesir.

"Media Mesir menerbitkan cerita-cerita palsu tentang Syiah, menggambarkan mereka sebagai orang jahat yang berkerja bagi Iran untuk menyebarkan Islam Syiah, tidak ada siapa peduli tentang masalah penderitaan warga Mesir ini, atau masalah hak mereka sebagai warganegara," kata aktivis tersebut.

Meskipun demikian, El-Nafis menyatakan bahawa Mesir pernah menjadi sebuah negara Syiah selama dua kurun (696-1171).

Al-Azhar Mesir menjadi singgahsana terulung dunia Sunni merupakan tempat ibadah Syiah yang telah diasaskan pada tahun 970 untuk menyebarkan Islam Syiah di seluruh dunia.

"Rejim Mubarak menyerang Syiah Mesir sebagai cara untuk meraih sokongan daripada negara (anti-Syiah) Teluk, dengan menggambarkan Mesir sebagai musuh Syiah dan Iran," kata aktivis Syiah Mohamer El-Derini.

"Rejim Ikhwanul Muslimin sekarang percaya memerangi Syiah merupakan jalan untuk mendekati Allah; ini amatlah bahaya," ujar beliau.

El-Derini sudah beberapa kali ditangkap dan diseksa oleh ejen Mubarak walaupun tidak pernah ada pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau sehingga hari ini. Dalam satu kenyataan hak asasi individu pada tahun 2005 beliau dikatakan telah dipenjara selama 15 bulan atas alasan menganut mazhab Syiah.

Aktivis tersebut yang kini menjadi ketua organisasi Syiah "Kongres Ahlul Bait", menulis pengalaman pahitnya selama diseksa oleh pegawai keselamatan dalam penjara sehingga menyebabkan beliau ditangkap lagi.

Menurut Syiah Mesir ini, situasi masih tidak berubah walaupun Mubarak telah disingkirkan apabila masih terjadi kes penyerangan dan penangkapan.

Pada Disember 2011, masyarakat Syiah Mesir menjadi tajuk utama media apabila sekumpulan daripada mereka bertindak menyambut hari Asyura untuk mengenang kesyahidan Imam Al-Husain secara terbuka di masjid lama Al-Husain, Keherah.

Perbalahan meletus antara penganut fahaman Salafi tempatan dengan peserta Syiah yang hadir sehingga membawa penangkapan puluhan daripada mereka dan masjid tersebut ditutup.

Pada bulan Mei tahun lalu kumpulan ekstrimis Sunni cuba memeusnahkan apa sahaja yang mereka lihat sebagai Husainiyah (Dewan untuk memperingati kesyahidan Imam Husain) yang kononnya dibangunkan oleh peguam Tanta dan aktivis Syiah Emad Qandil. Sebaliknya semua aktivis Syiah yang menemui Ahram Online menafikan kewujudan sebarang Husainiyah di Mesir.

Namun menurut laporan beberapa media Mesir dan Arab, beberapa Husainiyah telah didirikan di seluruh negara terutamanya di Kaherah pada 6 Oktober lalu di kawasan sejumlah besar masyarakat Syiah Iraq.

El-Nafis yang pernah menjadi ahli Ikhwanul Muslimin Mesir sebelum memeluk Syiah pada tahun 1980-an mendakwa beliau terselamat dari percubaan bunuh tahun lalu kerana menganut mazhab tersebut.

Masalah ekonomi.

Selama menghadapi ancaman tangkapan dan kutukan masyarakat tempatan, gelombang anti Syiah semakin meningkat di kalangan masyarakat.

"Kami berada di bawah satu pemulauan ekonomi, ramai daripada kita dipaksa meninggalkan kerja apabila diketahui menganut mazhab Syiah," kata aktivis kemanusiaan Bahaa Anwar, ketua Pusat Hak Asasi Manusia Fathimid yang bekerja untuk menyokong etnik dan agama minoriti di Mesir.

"Jika anda adalah professor di universiti, anda tidak akan dipromosikan kerana Syiah, anda seorang yang bergraduan namun tidak akan menemui pekerjaan kerana keimanan," tegas Anwar.

Selama beberapa dekad, organisasi antarabangsa - termasuk PBB, Human Rights Watch dan Amnesty International - telah mendokumentasikan keadaan Syiah di Mesir yang diserang kerana kepercayaan agama.

Pada tahun 2012, laporan agensi pelarian PBB UNHCR menegaskan ajaran Syiah tidak dapat diamalkan di Mesir secara terbuka.

Dalam dokumen yang sama, Amnesty International Hassiba Hadj Sahraoui berkata kepada UNHCR bahawa banyak kumpulan telah dituduh kafir.

Sementara itu, Suruhanjaya Antarabangsa Kebebasan Agama Amerika Syarikat terus melebelkan Mesir sebagai negara yang berat sebelah apabila melanggar kebebebasan agama secara sistematik. Meskipun begitu masyarakat Syiah mesir tetap menolak sebarang campurtangan antarabangsa.

"Kami benar-benar menolak sebarang tekanan asing untuk mendapatkan hak. Kerana itu saya menolak pelawaan aktivitis politik yang terkenal Saad El-Din Ibrahim untuk bercakap di luar negara tentang hak-hak Syiah Mesir," kata Derini.

Para aktivis menjelaskan kepada Ahram Online kebimbangan negara lain menjuarai isu Syiah Mesir yang boleh membenarkan tuduhan bahawa mereka adalah ejen Iran.

Hasutan.

Sementara itu sentimen anti-Syiah terus disebarkan melalui internet dan media Mesir. Minggu lalu sahaka Mohamed Ismail Makdam, pengasas ultra-ortodok Salafi menyelar Ikhwanul Muslimin atas alasan "membenarkan Syiah berada di Mesir.

"Generasi akan datang tidak akan mengampuni kita sekiranya Syiah disebarkan di Mesir. Mereka akan mengutuk kita kerana tidak memeranginya," kata Syiekh yang berpengaruh ini dalam sebuah video dalam internet.

Dalam wawancara televisyen minggu lalu, penceramah Salafi terkenal Safwat Hegazy mengutuk keputusan kerajaan yang membenarkan pelancong Iran datang ke Mesir sambil mendakwa pengunjung mampu menyebarkan kepercayaan mereka di Mesir. "Mereka bakal menarik golongan miskin untuk bertukar," kata Hegazy memberi amaran.

Aktivis Syiah Taher El-Hashimi, seorang aktivis Syiah dan ahli sebuah pertubuhan Syiah di peringkat antarabangsa Majma' Ahlul Bait berkata kepada Ahram Online, "Apakah menyebarkan Syiah merupakan jenayah menurut undang-undang Mesir? Kalau begitu penyebaran Salafi dan Wahabi juga merupakan jenayah kerana Wahabisme merupakan ajaran asing kepada Mesir dan ia berasal dari Arab Saudi."

El-Derini bersetuju dengan kenyataan tersebut sambil menambah bahawa Mesir terpaksa membayar harga yang mahal untuk meneruskan peperang Arab Saudi dengan Iran terutama sekali apabila golongan Salafi dan pelampau agama di Mesir menjadi pengikut doktrin Wahabi.

Kumpulan hak asasi manusia ini turut menyatakan kebimbangan tentang masa depan masyarakat minoriti Syiah di Mesir berikutan perlembagaan baru yang tidak memberikan peluang kepada golongan minoriti mengamalkan kepercayaan mereka.

Menurut mereka artikel yang paling kontroversi ialah Perkara 219 kanun Islam berbunyi: Prinsip-prinsip Islam termasuklah keterangan menyeluruh, peraturan asas, peraturan perundangan dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dan diterima dalam doktrin Sunni termasuk juga masyarakat yang lebih besar.

Menurut perlembagaan, prinsip-prinsip undang-undang Islam menjadi tulang belakang undang-undang Mesir. Oleh itu ia hanya akan merujuk kepada kepercayaan Sunni sebagaimana yang diluluskan oleh Al-Azhar.

El-Nafis menyimpulkan, selain menerima diskriminasi, golongan minoriti juga bakal diserang berasaskan kepercayaan mereka, "Perlembagaan hanya mempromosikan diskriminasi yang negatif terhadap Syiah Mesir."

Aktivis Syiah El-Hashimi turut mengambil langkah berhati-hati apabila menyatakan bahawa Artikel 219 sebagai "Direka khusus untuk menyerang Syiah dan mazhab-mazhab lain selain Sunni."

Enigma yang besar

Sama seperti anggaran saiz masyarakat Kristian Koptik di Mesir, bilangan Syiah masih menjadi perdebatan berikutan tiada rekod rasmi. Walaupun beberapa aktivis Syiah mendakwa bilangannya melebihi lapan juta orang, sebaliknya golongan Salafi mengatakan terdapat hanya beberapa ribu orang sahaja.

Bagi mereka, aktivis El-Derini, El-Hashimi dan Anwar Bahaa meletakkan jumlah antara 800,000 atau di bawah dua jua. Angka ini semakin meningkat kerana ramai yang sedang bertukar sekarang," dakwa El-Hashimi.

Menurut mereka salah satu penindasan yang dilakukan golongan pelampau Sunni ialah meremehkan bilangan mereka.

"Tidak terdapat sebarang data rasmi di CAPMAS (Agensi Statistik Rasmi Mesir) yang merupakan sebuah percubaan untuk mengabaikan pengiktirafan terhadap Syiah Mesir," kata El-Nafis.

Terdapat peningkatan inisiatif kesedaran tentang isu Syiah Mesir termasuklah usaha mewujudkan laman Syiah Mesir di Facebook yang berbincang tentang hak Syiah dan menjelaskan salah faham umum tentang denominasi.

Pada Disember 2011, El-Nafis mengumumkan rancangan untuk menubuhkan parti Syiah yang dikenali sebagai Parti al-Tahrir, namun usulan beliau ditolak oleh komuniti parti-parti politik parlimen atas alasan undang-undang.

El-Nafis percaya pihak kerajaan sengaja berbuat demikian. "Mereka akan cuba memberi apa sahaja alasan untuk menolak parti tersebut," dakwa beliau.

"Menurut undang-undang, El-Nafis bebas untuk mengasaskan parti yang menyatakan pandangannya sebagaimana rakyat Mesir yang lain," kata El-Hashimi sambil menambah Syiah Mesir perlukan parti untuk merealisasikan hak mereka.

Tidak semua Syiah Mesir bersetuju, namun membentuk parti ini adalah satu jalan yang benar.

"Kami sedang mencari faktor-faktor umum dan kepentingan dalam masyarakat. Inilah sebab saya menolak sebarang parti berasaskan agama,"  kata El-Derini.

Sebahagian parti pembangkang seperti Parti Pembebasan Mesir, telah berbicara tentang hak Syiah (dalam beberapa rujukan khusus yang ditujukan terhadap perlembagaan), "Namun apabila sampai kepada perkara berkenaan dengan Syiah, tidak ada satu pun parti yang benar-benar dapat membantu kami," kata El-Derini membuat kesimpulan.

Anwar yang merupakan seorang aktivis pernah menjadi ahli Parti Ghad El-Thawra sehingga Februari tahun ini berkata, "Ini semua disebabkan parti pembangkang sibuk berurusan dengan isu-isu sendiri dan tuntutan mereka. "Mereka perlu memperjuangkan nasib untuk kepentingan mereka sebelum mereka dapat berjuang untuk kita," katanya.

Anwar keluar dari parti Ghad El-Thawra tersebut ketika membantah pemimpinnya Ayman Nour untuk berbincang dengan Ahmadinejad.

Percubaan merapatkan jurang

Umat Islam bermazhab Syiah mula dirundung masa depan yang gelap. Pada bulan Mei lalu imam universiti Al-Azhar Syiekh Ahmad Tayyib mengadakan mesyarat dengan beberapa pihak termasuk ulama, ahli Ikhwanul Muslimin dan Salafi yang akhirnya mengistiharkan penolakan seluruh percubaan menyebarkan Syiah di Mesir.

Pada bulan Februari tahun ini, terjadi pertemuan bersejarah antara presiden Iran dan imam al-Azhar yang kemudiannya membawa kepada tuntutan supaya Syiah tidak disebarkan di kalangan Sunni Mesir.

Walau bagaimanapun terdapat percubaan sepintas lalu bavi merapatkan jurang yang semakin mendalam di antara kedua-dua kelompok Islam ini melalui dialog agama dan persidangan yang dihidupkan semula oleh Al-Azhar baru-baru in. Namun berlaku perubahan pada latar objektifnya setelah mesyuaratnya berlangsung.

"Dahulu terdapat niat jujur untuk berdialog daripada kedua-dua pihak. Malangnya apabila ahli politik turut campur dan terdapat bantahan daripada golongan yang merasakan diri mereka mempunyai autoriti memerintah Mesir, maka ini semua berakhir," kata El-Derini.

Namun begitu beberapa aktivis Syiah masih mengharapkan perubahan yang bermakna. "Kami masih percaya kepada rakyat Mesir," kata El-Nafis sambil menambah "Kami tidak takut kepada pelampau, ini disebabkan sekiranya bukan kerana rakyat Mesir dan toleransi mereka, kami sudah lama terbunuh."

Download FILES


کنگره جریان‏های تکفیری