Kenyataan media Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) sempena Hari al-Quds Sedunia

  • News Code : 626255
  • Source : ABNA.ir
Brief

Kenyataan media Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) sempena Hari al-Quds Sedunia

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman iaitu orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. – surah al-Ma’idah ayat 82

Di hari akhir bulan Allah, bersamaan dengan malam al-Qadar, dengan penuh dukacita dan kesedihannya, rejim Zionis penumpah darah melancarkan serangan terhadap umat Islam yang tidak berdosa di Gaza serta menyembelih mereka. Akar umbi tragedi besar kemanusiaan dan jenayah yang menghiris perasaan ini berasal daripada penjajah al-Quds, Amerika dan England di mana mereka sentiasa sedar tentang serangan tersebut dan masih terus menyokongnya. Mereka ini sebagaimana menurut tutur bicara pemimpin umat Islam sedunia, seandainya seorang insan ataupun seekor haiwan terbunuh di mana-mana tempat, maka mereka akan menjadi riuh rendah; hari ini serangan udara dan lebih parah daripada itu ialah serangan darat terhadap Gaza sehingga membunuh lebih dari seratus jiwa yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak tidak berdosa, tidak mencetuskan sedikitpun kepedulian bagi mereka. Bahkan mereka berharap agar ianya tidak penting sama sekali.

Adalah menjadi musibah yang amat menyedihkan apabila hari-hari ini telah dirakamkan sebagai hari pelanggaran prinsip hak asasi manusia di peringkat antarabangsa secara terang-terangan di tangan rejim Zionis pembunuh di bumi agama Ibrahimi dan kiblat pertama umat Islam. Pembunuhan genosid di Sabra Shatila, Deir Yassin dan yang sama sepertinya telah berpadu dalam fikiran penghuni dunia terutamanya pejuang keadilan. Serangan ketenteraan ke atas Gaza terjadi dalam keadaan negara-negara serantau seperti Syria, Iraq, Lubnan dan lain-lain lagi berada dalam kancah serangan ganas Takfiri dan pengganas ISIL. Rejim Zionis pun mengambil kesempatan selaras pembunuh upahan (terrorisme) ini dengan serangan udara ke atas penempatan awam Palestin dan mereka yang sedang menjalani ibadah puasa sehingga ratusan wanita dan kanak-kanak dibunuh secara besar-besaran manakala ribuan lagi mengalami kecederaan manakala insfrastuktur Gaza mengalami kemusnahan.

Di ambang penghujung bulan Ramadhan ini, atas inovasi pembela golongan yang tertindas, Imam Khomeini (q.s) yang menamakan Hari al-Quds Sedunia, maka Majma Jahani Ahlul Bait (a.s) meminta para ulama, tokoh-tokoh hak asasi, pertubuhan-pertubuhan dan pemimpin sosial di seluruh negara-negara Islam, termasuklah badan-badan hak asasi manusia dan masyarakat antarabangsa agar menyahut seruan golongan tertindas, yang terdiri daripada ribuan kanak-kanak kecil, lelaki serta wanita yang dizalimi serta pelarian Palestin. Dengan rendah hati, pertubuhan Majma’ meminta anggota-anggota amnya turut bersama-sama umat Islam dan pejuang kebebasan sedunia terutama sekali bangsa Iran Islam yang optimis dalam memperjuangkan hari bersejarah yang bakal mengubah nasib ini, termasuk menyahut seruan pemimpin Ayatullah Imam Khamenei dan berdoa bagi kemenangan para pejuang Islam, di samping menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dan juga melakukan perkara-perkara berikut sebagai mengutuk jenayah dahsyat ini:

1. Menggalakkan individu rasmi, tokoh agama, ahli politik, golongan elit kebudayaan terutamanya cendiakawan terkenal Ahli Sunnah bagi menyatakan pendirian masing-masing dan mengutuk tindakan ganas rejim penjajah al-Quds.
2. Mengadakan mesyuarat dan perarakan demonstrasi dengan penyertaan umum masyarakat.
3. Memupuk pemikiran orang awam dengan mengundang pihak media dan wartawan untuk liputan demonstrasi serta kecaman yang diutarakan.
4. Meminta komuniti hak asasi manusia tempatan dan di peringkat global agar memberikan perhatian terhadap masalah ini di samping mengambil tindakan undang-undang atas dasar kemanusiaan dalam membela nasib penduduk Gaza yang ditindas secara serius serta bangkit menghadapi penjenayah Zionis yang sedang menentang hak asasi manusia.
5. Mengeluarkan kenyataan, menyebarkan risalah dalam media, warta berita dan media.
6. Menganjurkan seminar, persidangan meja bulat secara ilmiah mahupun atas dasar kebudayaan dengan menghadirkan ulama, pemikir univerisiti dan aktivis hak asasi manusia bagi mengecam jenayah rejim Zionis.
7. Memuatkan artikel dalam laman sesawang, bahan bercetak dan siaran media berkumpulan dan blog pengikut Ahlul Bait (a.s)
8. Mengadakan wawancara bersama pihak yang berkaitan, aktivis hak asasi manusia, ahli politik serta melakukan tindakan yang seadanya sesuai dengan undang-undang negara masing-masing.


وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ


Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s)
30 Tir 1393,
(bersamaan 23 Ramadhan 1435 Hijrah dan 21 Julai 2014)


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky