Akhtari: Realisasikan kehidupan sederhana Ahlul Bait (a.s) dalam masyarakat

  • News Code : 668094
  • Source : Abna24.ir
Brief

Setiausaha Agung Majma minta pandangan-pandangan kehidupan sederhana dari Ahlul Bait (a.s) diterapkan dalam masyarakat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait menegaskan pesanan Rahbar (Sayid Ali Khamenei) kepada para pemuda Eropah amat berharga dan penuh dengan harapan untuk masa depan yang cerah.

Hujjatul Islam Wal Muslimin Muhammad Hasan Akhtari berkata demikian dalam majlis penutup persidangan penyelidikan kehidupan sederhana Ahlul Bait di dewan pejabat Tablighat Eslami semalam.

Tambah beliau lagi, "Tindakan pemimpin tertinggi revolusi Islam itu merupakan ilham dari pengiriman surat Nabi (s.a.w) kepada ketua-ketua kerajaan.  Rahbar juga telah mengirim surat kepada para pemimpin Barat, Eropah dan Amerika. Oleh kerana Rahbar menyentuh tentang peristiwa yang terjadi sejak tahun-tahun kebelakangan ini, beliau menegaskan bahawa kemunculan Islam sudah bermula di zaman ini dan diharapkan Allah (s.w.t) akan mewujudkan transformasi di dalam masyarakat dunia."

"Golongan yang menjadi sasaran surat Rahbar ialah pemimpin di masa depan. Di Barat, transformasi akan wujud sebagaimana di Timur. Dalam jangka waktu ini akan terjadi kecelaruan dengan kehendak Allah," jelas beliau sambil menerangkan betapa pentingnya kehidupan sederhana di zaman ini dan berkata, "Dalam situasi ini, kehidupan sederhana Ahlul Bait (a.s) dan Islam sebenarnya mampu membentang latar "pandangan" sebagaimana nisbah Republik Islam Iran terhadap dunia."

Tegas beliau lagi, "Hari ini, keringanan hidup umat Islam di dalam dunia berlaku di sebaliknya, yang mana kehidupannya bercampur baur dengan berbagai kebudayaan dan fesyen sehingga masyarakat Islam diperkenalkan dengan cara yang tidak selesa."

"Apa yang dapat terjadi di kalangan umat Islam adalah bukti kepada kita mengenai krisis akhlak dan sikap tidak sepatutnya. Ianya dengan sendiri akan menyebabkan kebencian dan penghindaran masyarakat lain. Seminar kehidupan sederhana Ahlul Bait (a.s) yang diadakan ini merupakan langkah besar dan sesuai. Situasi hari ini amat sesuai untuk langkah-langkah besar (seperti ini). Masyarakat hari ini berada di dua persimpangan jalan, samada bergerak untuk keselamatan dan bergerak menuju kehidupan yang lebih baik yang mana semua ini mampu memberikan kesan yang amat besar dan dapat diterima pakai.

"Saya berharap, hasil pencapaian dalam persidangan ini dapat dicetak dalam berbagai bahasa kemudian kita sampaikan kepada orang lain yang mana kerja-kerja ini akan dipantau sendiri oleh Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s).

"Dalam berbagai latar kehidupan, dimensi-dimensi hidup sederhana seperti hubungan manusia dengan Allah dan dimensi-dimensi keperibadian terhadap diri sendiri dan masyarakat, hidup sedehana dalam interaksi dengan pemerintah dan kerajaan perlu diberi perhatian. Semua ini mampu membangunkan latar bagi transformasi," tutur beliau.

Mengulas tentang optimis sebagai masalah paling penting dalam kehidupan sederhana, Hujjatul Islam Akhtari menjelaskan, "Malangnya kita tidak mampu memperkenalkan persekitaran yang sedia ada sebagai Islamik, kita perlu mulakan situasi kesederhanaan ini dalam masyarakat dan membawa carta diagramnya dari kitab-kitab dan dari situ kita mulakan perlaksanaannya sehingga ia mampu memberikan kesan."

Selain itu menurut beliau, budaya pengkhianatan dan tidak teliti dalam pengeluaran produk tidak diakui sah secara rasmi, beliau berkata, "Dalam dimensi pemerintahan, pihak kerajaan dan politik mampu mengawal nilai-nilai kesederhanaan dalam kehidupan dan kerajaan hendaklah berasaskan sistem ini."


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram