Akhtari;

Singkirkan pandangan negatif terhadap wanita

  • News Code : 675176
  • Source : Abna24.com
Islam menegaskan betapa tingginya kedudukan wanita

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari berkata, "Bangsa kita mempunyai keistimewaan tertentu berbanding bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Keistimewaan dan kebanggaan ini berpunca dari kecintaan terhadap Nabi (s.a.w), para imam dan golongan terdahulu."

"Mengenai kedudukan wanita semesta alam, terdapat banyak ayat dan hadis sehingga ada riwayat yang manyatakan kemarahan Fatimah (a.s) adalah kemurkaan dan kerelaan beliau adalah keredaan. Allah (s.w.t) memerintahkan kecintaan terhadap Ahlul Bait (a.s) sebagai sebuah kewajipan," tegas beliau dalam satu majlis Shahadah Fatimah di Iran.

Sambil menerangkan tidak ada agama lain yang meletakkan kedudukan wanita seperti dalam Islam, beliau berkata, "Ketika golongan Feminisme telah sampai ke peringkat membuat dakwaan tentang tingginya kedudukan wanita, namun mereka ini masih tidak mampu mengenal wanita sehinggalah ke tahap mereka tidak mampu menjaga kedudukan entiti wanita itu sendiri. Namun agama Islam menganggap kedudukan mereka ini terlalu tinggi manakala al-Qur'an menegaskan persamaan antara wanita dan lelaki dalam berbagai ayat."

"Di Iran, wanita berhak untuk bercakap dalam seluruh bidang ilmu, mereka menjaga semua nilai-nilai pada kedudukannya dan tidak ada perbezaan antara wanita dan lelaki dalam masyarakat dari sisi kedudukan," tutur beliau.

Hujjatul Islam Wal Muslimin mengaskan betapa pentingnya meletakkan kebudayaan Fatimah dan memberi nilai ilmu kepadanya, "Kita perlu singkirkan perbezaan antara wanita dan lelaki.

"Kedudukan tinggi wanita diketahui ketika wujudnya wanita, namun dalam menuruti jejak langkah beliau (Fatimah), kita perlu berusaha bersungguh-sungguh meletakkan penghormatan terhadap wanita ini di samping menyingkirkan pandangan yang merendah-rendahkan wanita serta membangunkan masyarakat yang menjadikan Nabi sebagai tauladan," kata Akhtarai sambil menyimpulkan, "Musuh Islam ingin menggugat kepimpinan wilayah yang mempunyai kedudukan yang tinggi, namun rakyat jelata adalah penyokong wilayah (kepimpinan) dan Republik Islam Iran akan berdiri dalam naungan wilayah dalam menghadapi konspirasi musuh."



Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky