1800 elit Syiah sertai Persidangan Agung Majma' Ahlul Bait (a.s)

  • News Code : 705323
  • Source : Abna24.com
Brief

Hujjatul Islam Muhammad Salar berkata, 1,800 Syiah akan berkumpul dalam Persidangan Agung ke-6 Majma' Ahlul Bait (a.s)

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ketua Persidangan Agung ke-6 Majma' Ahlul Bait (a.s), Hujjatul Islam Muhammad Salar berkata, Persidangan Agung ke-6 Majma Ahlul Bait (a.s) kali ini amat penting untuk mengkaji kegiatan yang telah dijalankan para pengikut Ahlul Bait (a.s) di seluruh dunia dan meneliti masalah yang dihadapi mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini di samping meninjau keupayaan mereka dalam menentukan strategi-strategi masa depan.

Kata beliau, "Di dalam persidangan ini, para peserta dapat bertukar pandangan berdasarkan pengalaman masing-masing dan ini semua dapat membantu keteguhan dalam solidariti bagi menentang ancaman musuh. Dalam perkara ini, kita menganggap Syiah sedang berada di dalam tiga situasi iaitu: Masyarakat antarabangsa, dunia Islam dan di dalam masyarakat awam pengikut Ahlul Bait (a.s)."

Menurut beliau lagi, tahun ini sekitar 1,800 elit Syiah dari 130 buah negara akan menghadiri persidangan.

Muhammad Salar juga mengumumkan 12 jawatankuasa di bawah persidangan iaitu:

Suruhanjaya Serantau, Suruhanjaya Barat, Timur dan Asia Tenggara, Suruhanjaya Asia Tengah dan Caucasus, Suruhanjaya Negara-Negara Eropah, Suruhanjaya Negara Amerika, Suruhanjaya Negara Arab dan Suruhanjaya Negara Afrika.

Antara wacana yang dibangkitkan ialah tabligh, kebudayaan, politik, undang-undang, ekonomi, wanita dan keluarga, pemuda dan ahli akademik, media, syber dan jaringan sosial.

Perhimpunan Agung Majma' Ahlul Bait (a.s) akan dianjurkan pada 15 hingga 18 Ogos 2015.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky