Sayid Hasan Khomeini;

Syiah sering dilempar tuduhan sejak zaman permulaan Islam

  • News Code : 705903
  • Source : Abna24.com
Brief

Sayid Hasan Khomeini menyampaikan ucapan dalam pertemuan bersama para peserta Perhimpunan Agung VI Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Para tetamu persidangan ke-6 Perhimpunan Agung Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) hadir di kompleks permakaman Imam Khomeini dengan memperbaharui janji visi kesatuan.

Sambil menghadiahkan jambak bunga, membaca surah al-Fatihah dan menulis buku tamu, para peserta persidangan mendirikan solat berjemaah Maghrib dan Isya' bersama-sama.

Pengerusi Majlis Amanah Kompleks Permakaman Imam Khomeini dalam kunjungan ini berkata, "Hari ini pihak musuh banyak mencanangkan tuduhan terhadap umat Islam dan dunia Islam menghadapi jalan yang sukar dalam setiap detik pertuduhan ini."

Hujjatul Islam Sayid Hasan Khomeini dalam kunjungan ini berkata, "Syiah sering dizalimi dengan tuduhan-tuduhan, perkara ini terjadi sejak zaman awal Islam dan zaman Nabi (s.a.w) sehingga hari ini."

Tambah beliau lagi, "Shaykh Saduq di dalam kitab Amali meriwayatkan daripada Imam Jaafar al-Shadiq bahawa di zaman beliau juga seperti hari ini, pertuduhan-pertuduhan dilemparkan ke atas Syiah terutama sekali ke atas tokoh-tokoh besar Syiah. Oleh itu kita tidak terkejut dengan tindakan dari pihak munafik dan para penentang."

"Dua perkara penting yang perlu dilakukan iaitu penerangan kepada masyarakat dan memberi fokus kepada kegiatan yang boleh menyebabkan tuduhan dilemparkan ke atas Syiah." Tegas beliau.

Di samping itu, beliau menekankan betapa pentingnya persidangan ini membahaskan isu-isu dunia Islam, "Sekarang kita berada di sebuah zaman yang jikalau kita memanfaatkan situasi ini dengan baik, kita mampu menerapkan Islam asli Muhammadi dan kalimah Ahlul Bait (a.s) di seluruh dunia untuk setiap kurun."


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky