Kerajaan Malaysia perangi ekstremisme, namun ramai rakyatnya terpengaruh dengan Wahhabi

  • News Code : 742274
  • Source : IRIB
Brief

Meskipun kerajaan Malaysia cuba memerangi ekstremisme, namun ramai rakyatnya yang terpengaruh dengan ideologi Wahhabi

Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - "Malangnya, media Malaysia seperti surat khabar dan televisyen tidak membuat liputan tentang ekstremisme dengan cekap," keluh Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar dalam seminar ekstemisme yang dianjurkan di Universiti Malaya pada hari Khamis lalu ketika membentangkan wacana berjudul “Engaging Extremism: The State, the Media and Global Terrorism."

Ali Akbar Ziya'i


Ali Akbar Ziya'i selaku wakil Institut Penyelidikan Ferdousi di perkarangan dewan seminar berkata, "Penyebaran ekstremisme melalui media sosial di Asia Tenggara lebih parah berbanding dari kawasan lain."

Seminar turut menayangkan terjemahan contoh-contoh propaganda ekstremisme yang telah dicanang dalam media sosial.

Prof. Dato’ Ahmad Murad Merican



Prof. Dato’ Ahmad Murad Merican dari Universiti Sains Malaysia berkata, "Ideologi ini mudah dicapai para pengguna melalui kaedah terbaru propaganda, sebab itulah ekstremisme kian berkembang."

Televisyen IRIB yang berpusat di Iran yang membuat liputan tentang seminar ini melaporkan kerajaan Malaysia cukup optimis menentang ideologi ekstremisme, namun terdapat ramai rakyat Malaysia terpengaruh dengan propaganda Wahhabi- Salafi, dan kumpulan-kumpulan pelampau lain di rantau ini.

Statistik menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan waktu lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk melayari internet sedangkan medium ini dieksploitasi oleh kumpulan Takfiri untuk melebarkan pengaruh mereka.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram