Media harus teliti penyertaan Malaysia dalam pakatan Saudi

  • News Code : 743539
  • Source : IRNA
Brief

Professor USM kritik media yang kurang peduli dengan isu penyertaan Malaysia dalam pakatan yang dikepalai rejim Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Professor di Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Dr Ahmad Murad Merican mengkritik media Malaysia yang mengabaikan isu penyertaan Malaysia dalam pakatan yang dikepalai rejim Arab Saudi.

Beliau juga percaya media-media baru mampu menjadi racun dan penawar bagi masyarakat apabila ia menjadi penentu kuasa kerajaan.

Menurut beliau lagi, media baru dapat membekalkan maklumat yang berlainan apabila mula diterima masyarakat sedangkan kumpulan-kumpulan pengganas telah mengambil kesempatan ini sepenuhnya. Selain itu, media baru dapat menjadi alat bagi sesebuah kelompok tertentu sedangkan media tradisional tertakluk dengan kawalan kerajaan.

Mengulas tentang kecenderungan kebanyakan masyarakat Muslim Malaysia kepada kumpulan militan ISIS, beliau berkata terdapat banyak faktor yang mendorong perkara demikian seperti isu ekonomi, kebudayaan dan agama yang mana ia dapat di jejak dengan teliti dengan kajian jitu.

Berasaskan statistik yang dikeluarkan kerajaan Malaysia, sekurang-kurangnya 50 ribu dari 30 juta rakyat negara ini mempunyai kecenderungan untuk membela kumpulan-kumpulan ekstremis dan ISIS. Hingga kini sekurang-kurangnya 17 orang pengganas warga Malaysia terlibat dalam operasi bom bunuh diri.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram