Amerika sedang memerangi Islam, Iran dan Syiah - Sayid Ali Khamenei

  • News Code : 752291
  • Source : ABNA24.com
Brief

Iran menerajui peperangan terhadap kejahilan moden yang diterajui Amerika.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Agung Revolusi Islam Iran, Ayatollah Sayid Ali Khamenei berkata, Amerika sedang memerangi Islam, Iran dan Syiah Muslim.

"Sekarang, dasar Amerika benar-benar memerangi Islam, Iran dan Syiah," kata beliau dalam pertemuan bersama para pegawai negeri dan duta-duta Muslim di Tehran, sempena hari Mab'ath kelmarin.

Menurut beliau lagi, para pegawai Amerika melihat Iran merupakan sebuah negara yang menghalang polisi mereka.

"Yang terbaru, orang Amerika mengumumkan bahawa dasar Iran di rantau ini telah menyebabkan sekatan ekonomi dan konfrontasi. Ini bermakna: kamu wahai rakyat Iran cukup berwaspada dan sedar. Berhentilah dan biarkan kami (Amerika) menjalankan misi kami."

"Inilah dia kejahilan," ujar beliau merujuk kepada perkataan zaman Jahiliyah, iaitu istilah yang ditujukan kepada penduduk semenanjung tanah Arab di era kemunculan Islam.

Ayatollah Khamenei turut menyifatkan Iran sebagai peneraju dalam memerangi kejahilan moden yang diterajui Amerika dan menurut beliau, tugas penting negara-negara Islam ialah menyertai kempen ini.

Beliau menegaskan, "Gerakan Islam menjadi semakin kuat dan mendalam dengan penubuhan sistem Islam di Iran, ia akan terus berada di jalannya dan sudah pasti akan mencapai kemenangan."

Selain itu, beliau mengingatkan lagi bahawa kumpulan Takfiri yang melakukan kekejaman paling buruk dan kejam di atas nama Islam sebenarnya disokong oleh kuasa-kuasa Barat.

"Secara zahirnya Barat telah membentuk pakatan anti-ISIS, tetapi mereka sebenarnya penajanya dalam rangka memerangi Islam. Mereka merujuk kumpulan itu sebagai Negara Islam dalam usaha mencemarkan imej Islam.

"Situasi dunia sekarang ialah hasil dari dominasi jaringan kapitalis Zionis yang mempunyai pengaruh luas, termasuk Amerika juga dikawalnya.

"Kebangkitan kuasa parti politik dan kumpulan-kumpulan telah diikat dengan Zionis," Tambah beliau.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky