Ayatullah Sadighi menegaskan pentingnya mewujudkan tamadun moden Islam

  • News Code : 727993
  • Source : Abna24.com
Brief

Khatib solat Jumaat Tehran menegaskan tamadun Barat memang mengagumkan, namun ia kosong dari nilai moral

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Khatib solat Jumaat di Tehran hari ini, Hojjatoleslam Ayatollah Kazem Sadeghi menegaskan betapa pentingnya kesujudan sebuah tamadun baru Islam. Beliau juga menceritakan mesej revolusi Islam Iran berada di jalan merealisasikan misi ini.

Tambah beliau lagi, "Kejahilan di zaman moden menyebabkan krisis moral, kesucian diri, keadilan, pengorbanan dan pendidikan individu yang tidak mengenal kasih sayang."

Mengulas tentang penangkapan pemimpin Gerakan Islam Nigeria, Sheikh Ibrahim Zakzaki, beliau berkata, "Allamah Zakzaki masih ditahan, beliau telah mengorbankan 6 orang anaknya demi Islam bersama Imam Husain (a.s) sebagai aspirasi. Darah-darah inilah yang melestarikan riwayat hidup Islam."

Selain itu Ayatollah Sadeghi menegaskan, betapa pentingnya tamadun Islam disambung semula, "Selagi kita tidak memiliki tamadun, selama itulah kita tidak dapat merealisasikan kebebasan yang muktamad. Oleh itu mesej revolusi Islam terbentang di dalam realiti matalamat ini.

Tegas beliau lagi, dunia telah mendapat keuntungan dari hasil susah payah cendiakawan Muslim. Barat mengambil manfaatnya tanpa mengambil kira nilai moral. Beliau menjelaskan tamadun Barat memang mengagumkan namun ia kosong dari nilai-nilai moral.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky