Ayatullah Khamenei; Pembalasan Tuhan akan segera menimpa rejim Al Saud

  • News Code : 728409
  • Source : Al-Alam
Brief

Ayatullah Sayid Ali Khemanei menyatakan reaksinya terhadap kes hukuman bunuh yang dijatuhkan rejim Al Saud terhadap ulama terkenal Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Iran mengecam keras jenayah rejim Al Saud yang menyebabkan kematian seorang ulama secara zalim, Sheikh Nimr Baqir al-Nimr. Beliau berkata, "Tidak syak lagi, darah individu yang dizalimi ini, yang ditumpahkan tanpa alasan yang hak akan segera mengundang padah pembalasan Allah ke atas ahli politik Saudi."

Ayatullah Sayid Ali Khamenei berkata demikian pagi tadi dalam kuliah Dars al-Kharij di Tehran.

Tambah beliau lagi, ulama tersebut tidak pernah mengajak orang awam mengangkat senjata dan tidak menganjurkan konspirasi rahsia, bahkan beliau mengkritik rejim secara terbuka sedangkan amar ma'ruf dan nahi munkar merupakan sebahagian dari pemeliharaan agama.

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran juga mengkritik keras para pejuang demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap menyumbang ke arah peningkatan kezaliman rejim Saudi dengan cara berdiam diri, "Dunia Islam dan seluruh penghuni dunia berkewajipan menyuarakan tanggung jawab mereka terhadap kes ini."

Beliau turut menyentuh penderitaan penduduk Bahrain yang telah ditindas tentera Saudi ketika menyuraikan demonstrasi aman, termasuk juga penduduk Yaman yang digempur jet pejuang rejim tersebut lebih dari sebulan yang lalu, "Mereka yang mendakwa sebagai pejuang keadilan dan hak asasi manusia perlu mengikuti perkembangan kes ini dan tidak menyimpang darinya."

"Secara yakinnya, Sheikh Nimr meraih fadilat daripada Allah, tidak syak lagi pembalasan Allah akan terkena pada golongan yang zalim terhadap kehidupan beliau, kes ini mendukacitakan kita," tutur beliau.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky