Kementerian Luar Iran kecam serangan Saudi ke atas kedutaannya di Yaman

  • News Code : 729327
  • Source : Abna24.com
Brief

Tindakan rejim Saudi menyerang kedutaan Iran di Yaman secara sengaja telah melanggar semua konvensyen dan peraturan-peraturan mengenai perlindungan keselamatan misi diplomatik

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Hossein Jaber-Ansari mengecam keras serangan udara rejim Saudi ke atas kedutaan Iran di Sana'a, Yaman yang menyebabkan kecederaan beberapa pengawal kedutaan dan memusnahkan bangunannya.

Beliau yang merupakan Jurubicara Kementerian Luar berkata, "Perbuatan sengaja kerajaan Saudi telah melanggar semua konvensyen dan peraturan-peraturan mengenai perlindungan keselamatan misi diplomatik dalam apa jua keadaan."

Tambah beliau lagi, "Kerajaan Saudi bertanggung jawab terhadap penaksiran kerugian ke atas bangunan dan pengawal kedutaan yang cedera."

Jet pejuang Saudi dilaporkan telah menyerang kedutaan Saudi di Sana'a pada malam Rabu lalu. Dalam insiden ini, dinding kedutaan rosak akibat terkena serpihan roket.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky