Petronas sambung kerjasama dengan Iran

  • News Code : 730327
  • Source : IRNA
Brief

Di ambang penarikan sekatan ekonomi, Petronas amat berminat membeli minyak Iran

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setelah tiga tahun kerjasama dengan Iran renggang, akhirnya syarikat Petronas Malaysia menyuarakan hasrat untuk membeli minyak dari Iran dalam suatu kerjasama integriti, lapor IRNA hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata hari ini, setiap tong minyak boleh dijual kira-kira 30 dolar di pasaran apabila sekatan terhadap Iran ditarik balik.

Beliau berkata, Petronas menghentikan import minyak mentah dari Iran pada tahun 2012, tetapi ia akan mempertimbangkan pembelian minyak dari negara Timur Tengah itu setelah sekatan ditarik balik.

Pegawai tesebut yang hadir dalam majlis mengumumkan kontrak Iran Petroleum (IPC) di Tehran pada bulan November lalu berkata, syarikatnya amat berminat untuk berkerjasama dengan syarikat minyak Iran.

Pada bulan Oktober lalu, National Iranian South Oil Company dan Petronas Malaysia telah menganjurkan seminar bersama di Tehran.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky