Rudal dan peluru mortar gempur upacara pengkebumian ibu Bashar Assad

  • News Code : 734494
  • Source : ABNA24.com
Kumpulan pengganas Ahrar al-Sham menyerang konvoi pengkebumian jenazah ibu Bashar Assad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kumpulan pengganas Ahrar al-Sham mengaku bertanggung jawab dalam serangan terhadap perarakan jenazah ibu Bashar Assad, Anisah Makhluf, hari ini, di Qardaha, Syria.

Beberapa orang dilaporkan terbunuh dan cedera. Sementara itu, media tempatan mengesahkan Presiden Syria yang hadir dalam perarakan tersebut terselamat.

Pengganas mendakwa telah melancarkan 5 peluru mortar dan beberapa rudal ke atas perarakan tersebut di Qardaha, tempat kelahiran Bashar Assad.

Laporan tidak rasmi menyatakan Rina Kerbek, Ahmad Ismail dan Fida al-Khatib dilaporkan terbunuh.

Ibu Bashar Assad, Anisah Makhluf meninggal dunia pada hari Sabtu lalu ketika berusia 86 tahun di Damsyik. Beliau dilahirkan pada tahun 1957, berkahwin dengan Hafiz Assad dan dikurniakan empat anak lelaki dan seorang anak perempuan. Hafiz Assad meninggal dunia pada tahun 2000.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky