Menteri Kehakiman:

Perpecahan dan berbalahan adalah agenda musuh

  • News Code : 736462
  • Source : ABNA24.com
Brief

Klasifikasi hak dan kebatilan dalam menangani polemik ciptaan musuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Menteri kehakiman Iran, Hujjatul Islam Mostafa Purmohammadi berkata, "Kerajaan-kerajaan yang gila kuasa dan keras kepala telah berusaha dalam segenap lapangan yang berbeza untuk masuk campur dalam urusan pilihanraya negara ini. Penyertaan besar-besaran rakyat kita dalam pilihanraya menunjukkan kesedaran politik yang baik dan pengalaman yang lazim bagi menghadapi musuh."

"Tukang karut mencampur adukkan hak dan kebatilan. Mereka menyuntik pemikiran dan ucapan yang salah, serta elemen perpecahan ke dalam masyarakat. Tanggung jawab kita di sini ialah mengklasifikasikan kebenaran dan kebatilan, serta menghindari perpecahan dan perselisihan," tegas beliau.

Purmuhammadi juga menekankan aspek menjaga batas kanun negara dan medan pilihanraya, "Ucapan dan ungkapan pihak yang tidak bertanggung jawab menjadi faktor pengaruh musuh serta tercetusnya putus asa dan keraguan di dalam negara. Ditegaskan ia perlu dihindari. Kita perlu berjaga-jaga supaya tidak menjadi mainan musuh. Matlamat musuh ialah memperkenalkan penyelewengan dalam pilihanraya dan perbalahan sebagai misi utama mereka. Janganlah kita lalai," kata beliau dalam memberi nasihat.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky