Zarif: Keputusan Russia meninggalkan Syria petanda positif gencatan senjata

  • News Code : 741291
  • Source : al-Manar
Brief

Penarikan tentera Russia dari Syria selaras dengan gencatan senjata yang berlangsung

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata semalam, keputusan Russia mengeluarkan sebahagian dari tenteranya di Syria merupakan petanda positif terhadap gencatan senjata yang sedang berlangsung di negara bergolak itu.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Australia, Julis Bishop di Canberra. Menurut beliau lagi, hakikatnya gancatan senjata itu juga disambut baik Republik Islam Iran.

Merujuk kepada peranan Iran dalam gencatan senjata dan program penyelesaian politik krisis Syria, beliau menambah bahawa mengeluarkan kumpulan pengganas ISIS dan Jabha Nusra dari program keamanan menunjukkan masyarakat antarabansa sudah bersatu melawan pengganas.

Presiden Russia Vladimir Putin kelmarin mengarahkan pengunduran bahagian utama tenteranya dari Syria selaras dengan kesepakatan yang dicapai bersama Presiden Bashar al-Assad.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky