Amerika pura-pura bertindak tarik sekatan - Khamenei

  • News Code : 750401
  • Source : al-Manar
Brief

Amerika masih bertindak menghalang perdagangan dunia luar dengan Iran meskipun mengistiharkan sekatan telah ditarik - Kata Khamenei

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Agung Revolusi Islam Iran, al-Imam Sayyed Ali Khamenei membidas Amerika dengan berkata, Washington telah mengambil jalan keluar dengan penipuan untuk untuk menghalang perdagangan antarabangsa dengan Iran termasuk perjanjian nuklear.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan para pekerja dari seluruh negara sempena Minggu Pekerja di Iran. Imam Khamenei berkata, Amerika Syarikat terus mensabotaj dan bertindak secara pura-pura, kemudian mengeluh tentang Iran.

"Di atas kertas, orang Amerika mengatakan bank-bank boleh berdagang dengan Iran, tetapi praktikalnya mereka bertindak dengan Iranphobia sehingga tidak ada perdagangan yang dapat dilaksanakan di Iran," kata pemimpin tertinggi tanah Parsi ini.

Sambil merujuk kepada kenyataan beberapa pegawai Amerika baru-baru ini yang berkeras ingin mengekalkan sekatan terhadap Iran, beliau berkata mereka telah setuju bahawa bank boleh melakukan transaksi dengan Iran di atas kertas. Namun secara praktikal ia berusaha meningkatkan Islamphobia demi mengentikan urusan dengan Iran.

"Pegawai Amerika telah berkata, sebahagian besar sekatan mereka dikekalkan supaya pelabur takut dan tidak datang ke sini.

"Tentera Amerika terlibat dalam halangan dan penipuan. Kemudian mereka mendakwa kononnya kita adalah pesimis," kata Imam Khamenei.

Sementara itu, beliau menyifatkan masyarakat pekerja Iran seperti biasa mencurahkan bakti kesetiaan kepada Revolusi Islam dan republik. Beliau menegaskan betapa pentingnya melihat isu menggalakkan pengeluaran dalam negeri sebagai topik penting. Selain itu, penggunaan produk asing boleh dianggap sebagai merendahkan nilai produk tempatan.

Berkenaan tentang pilihanraya parlimen Iran pada hari Jumaat nanti, beliau berkata pusingan pilihanraya ini sama penting dengan pusingan sebelum ini.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky