Arbain Cipta Ruang Kerja Bagi Para Pekerja Kebudayaan: Makarem Syirazi.

  • News Code : 790598
  • Source : ABNA24
Brief

Guru besar di hauzah ilmiah Qom itu juga mengatakan bahawa Arbain adalah sebuah contoh hidup yang menunjukkan kepada kita bahawa insan sesungguhnya mampu untuk berkorban dan berkasih-sayang di antara satu sama lain walaupun berada di dalam sebuah perkumpulan yang sangat besar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ayatullah Nasir Makarem Syirazi yang merupakan salah seorang daripada marja' taqlid mazhab Syiah di dalam pertemuan beliau dengan para pegawai dan petugas pusat persinggahan (maukeb) daripada Kompleks Hazrat Ma'sumah berkata bahawa kekurangan pengetahuan tentang hukum-hakam dan ilmu islam yang lain di kalangan umat perlu segera ditangani dengan mengambil peluang daripada ruang kebudayaan yang terbuka sepanjang ziarah Arbain melalui penganjuran program-program pengajian untuk para penziarah.

Beliau juga berkata bahawa ziarah Arbain kini melingkupi ruang (kebudayaan - ABNA24) yang sangat luas. Menurut beliau, ziarah Arbain yang merupakan perhimpunan keagamaan yang terbesar di dunia adalah sumber kebanggaan bagi seluruh kaum muslim dan penganut mazhab Syiah secara khususnya.

Beliau juga menambah bahawa perkara yang sangat mengagumkan tentang ziarah Arbain adalah pengorbanan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh setiap pihak yang terbabit. Perkara itu menurut beliau boleh dilihat di sepanjang jalan yang ditempuhi oleh para penziarah di antara bandar Najaf dan Karbala. Sepanjang jalan ini, semua orang menunjukkan keikhlasan di dalam memberikan khidmat kepada sesama sendiri. Perkara ini sekaligus menciptakan suasana yang sangat luar biasa. Akan tetapi beliau menyampaikan kekesalannya dengan berkata bahawa perkara itu hanya wujud di dalam suasana Arbain tanpa memiliki kesinambungan pada hari-hari yang lain.

Guru besar di hauzah ilmiah Qom itu juga mengatakan bahawa Arbain adalah sebuah contoh hidup yang menunjukkan kepada kita bahawa insan sesungguhnya mampu untuk berkorban dan berkasih-sayang di antara satu sama lain walaupun berada di dalam sebuah perkumpulan yang sangat besar. Menurut beliau, sepanjang ziarah Arbain berlangsung, para penziarah telah menunjukkan kepada kita sebuah puncak pengorbanan dan kasih sayang di dalam kehidupan bermasyarakat.

Beliau juga berkata bahawa Arbain kini merupakan modal yang besar bagi kaum Syiah khususnya kerana ziarah itu telah menciptakan ruang bagi para pekerja kebudayaan untuk melaksanakan program-program yang mampu membina masyarakat. Menurut beliau, sebahagian penziarah dalam tempoh setahun mungkin keberatan untuk menyertai mana-mana program keagamaan sekaligus menjadikan pengetahuan agama mereka seperti tatacara solat sangat cetek. Dengan adanya Arbain, individu-individu seperti ini kerana cinta mereka kepada Imam Hussein akan lebih bersedia untuk menerima nasihat dan maklumat yang perlu untuk memperbaiki diri mereka.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky