Hormati Kesucian Mazhab Yang Lain: Ayatullah Makarem Syirazi.

  • News Code : 791188
  • Source : ABNA24
Brief

Ayatullah Makarem Syirazi yang merupakan salah seorang ulama veteran Syiah berkata bahawa Arbain adalah sebuah acara yang ruang lingkupnya melangkaui batas agama Islam itu sendiri. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan para pengurus upacara Arbain di Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ayatullah Makarem Syirazi yang merupakan salah seorang ulama veteran Syiah berkata bahawa Arbain adalah sebuah acara yang ruang lingkupnya melangkaui batas agama Islam itu sendiri. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan para pengurus upacara Arbain di Iran.

Ulama itu juga berkata bahawa Imam Husein adalah milik seluruh dunia dan kerana itu tidak pelik jikalau acara Arbain akan disertai oleh para penganut pelbagai mazhab di dalam agama Islam itu sendiri. Oleh kerana itu, setiap pihak yang terlibat perlu memainkan peranan mereka untuk memastikan bahawa penganut mazhab yang perlbagai itu dihormati dan dilayan dengan baik sepanjang upacara tersebut berlangsung.

"Perbuatan menghormati kesucian mazhab Ahlus Sunnah akan membawa kita semua ke arah perpaduan di kalangan umat Islam," kata beliau lagi.

Beliau juga memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak memberikan penekanan terhadap perbezaan di antara mazhab kerana menganggap perkara tersebut boleh menyumbang kepada perpecahan di dalam dunia Islam.

Ayatullah Makarem juga memuji sambutan umat Islam yang makin meningkat di dalam menghidupkan Arbain dengan menghadiri acara itu sendiri di Karbala. Jutaan umat Islam dijangkakan akan menyertai program tersebut dan beliau menyeru mereka supaya mengekalkan disiplin dan tata susila sepanjang berlansungnya acara tersebut.

Arbain adalah hari ke-40 selepas Imam Husein disyahidkan di Karbala bersama keluarga dan sahabatnya. Beliau merupakan Imam ketiga mazhab Syiah dan juga cucunda Nabi s.a.a.w.

Setiap tahun, jutaan manusia akan datang dari seluruh dunia untuk menyertai program berjalan kaki ke Karbala di mana terletaknya makam Imam Husein.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky