Speaker Parlimen Iran Ucap Tahniah Kepada Rakan Sejawatnya Dari Negara-Negara Islam Sempena Maulid Nabi

  • News Code : 798468
  • Source : Media
Brief

peaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengucapkan tahniah kepada kesemua rakan sejawatnya di seluruh negara-negara Islam bersempena hari ulang tahun kelahiran nabi Muhammad S.A.A.W dan menyeru mereka untuk memperkukuhkan kerjasama di peringkat parlimen negara-negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengucapkan tahniah kepada kesemua rakan sejawatnya di seluruh negara-negara Islam bersempena hari ulang tahun kelahiran nabi Muhammad S.A.A.W dan menyeru mereka untuk memperkukuhkan kerjasama di peringkat parlimen negara-negara tersebut.

Perkara itu dinyatakan oleh beliau dalam sebuah mesej yang dikeluarkan pada hari Khamis ini. Di dalam mesej yang sama, beliau juga mengingatkan kesemua pihak yang terbabit bahawa cabaran diwujudkan oleh sifat kemunafikan dan pemikiran Takfiri di dunia Islam hanya boleh diselesaikan dengan tindakan yang selaras dengan ajaran murni Islam, Al-Quran dan Nabi Suci S.A.A.W.

Beliau kemudiannya turut menerangkan bahawa interaksi yang membina di antara para cendiakawan, golongan elit dan parlimen di negara-negara Islam sebagai sesuatu penting serta tidak dapat dielakkan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

conference-abu-talib
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky