Rakyat Iran Akan Beri Respon Kepada Ancaman Trump Pada 22 Bahman

  • News Code : 810188
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata rakyat Iran akan memberikan respon terhadap ancaman yang dibuat oleh Trump ke atas negara itu pada hari ulang tahun kemenangan Revolusi Islam yang akan datang tidak lama lagi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata rakyat Iran akan memberikan respon terhadap ancaman yang dibuat oleh Trump ke atas negara itu pada hari ulang tahun kemenangan Revolusi Islam yang akan datang tidak lama lagi.

"Trump mengatakan, 'Takutilah aku!' Tidak. Rakyat (Iran) akan memberikan respon mereka pada 22 Bahman [kalender Parsi] ini dan akan menunjukkan posisi mereka apabila berhadapan dengan ancaman," kata Khamenei pada hari Selasa.

Ayatullah Khamenei merujuk kepada hari ulang tahun kemenangan Revolusi Islam yang akan jatuh pada 11 Februari ini. Pada kebiasaannya, rakyat Iran akan turun ke jalan raya untuk menyatakan sokongan mereka kepada revolusi yang diasaskan oleh Imam Khomeini sebelum ini. Revolusi Islam Iran mengejutkan dunia pada tahun 1979 apabila Imam Khomeini yang mendapat sokongan padu daripada rakyat Iran berjaya menjatuhkan pemerintahan diktator kerajaan Pahlavi yang disokong kuat oleh Amerika Syarikat.

Trump sebelum ini menulis di laman sosial dengan menuduh 'Iran bermain dengan api - mereka gagal menghargai bagaimana baiknya Obama terhadap mereka. Tapi bukan saya!"

"Rakyat Iran tidak gentar dengan ancaman," kata Khamenei.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram